Nurul dgn Abg Chua nya |
Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah
antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk
menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses
kepada siasatan berhubung kes tersebut.
Y.B Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak
timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan
yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya
lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara
tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana
pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara
perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai
perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila
memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai ‘ganti’.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal
selam oleh syarikat DCNS di Perancis.
Tetapi, penyiasatan itu tidak ada
kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia,
tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana.
Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan.
Nama Altantuya
Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri
juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu
melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat
lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika
perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat
yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu
tanpa batasan.
Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan
pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan
mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis
sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke
negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan
modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu
membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi.
Mereka juga tidak malu
menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang
ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi
mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas
kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk
menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan
Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau
langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap
disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis
pada ketika urusniaga scorpene berlangsung.
Perdana Menteri juga tidak
mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut
landasan Islam mengenainya.
Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri
Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan
tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan
oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar
ketandusan isu ‘tulin’ untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang
ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan
antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan
mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan
pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang
sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan
mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup
mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar
imej negara dan Perdana Menteri.
Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa
yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini,
adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan
niat untuk memerangkap kerajaan.
Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan
SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang
akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul
Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.
Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para
penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan
blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang
diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai
yang menyokong mereka.
Tidak apa, teruskanlah menyedapkan hati sendiri buat masa ini, kerana
jumlah sokongan sebenar tetap akan terserlah dalam pilihanraya.
Nurul Izzah Confirmed That Suaram Lied
Nurul Izzah Confirmed That Suaram Lied
No comments:
Post a Comment