PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum
anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran
ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.
Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang
dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja
walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti
Timbalan Ketua Menteri 1
Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan
Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.
Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu
kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya
terdiri daripada orang Melayu.
Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika
berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan
'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat
perlahan.
Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada
banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu
kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.
"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan
keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan
Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.
"Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang
adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu.
Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya. - utusan
dah baca :: harap dapat like page TB klik sini t kasih
dah baca :: harap dapat like page TB klik sini t kasih
No comments:
Post a Comment