Saturday, January 5, 2013

Serangan untuk mengaibkan pemimpin tertinggi Negeri Sembilan hanya lah bertaraf cakap cakap kedai kopi @Najibrazak @Khairykj @kemayan

YAB Dato' Seri Utama Haji  Mohamad Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga ADUN Rantau yang dikasihi oleh rakyat Negeri Sembilan.
Coretan peribadi : TepakBersulam
zack1504@gmail.com
Waima bila ada perasaan hasat dan perasaan dengki  terpetik di hati maka  bergelumang lah jiwa dengan perasaan keji dan busuk yang terus  meluap luap di dada. Apa saja kebaikan yang dilakukan oleh orang yang disakiti hatinya  tidak lagi terlihat malahan apa saja yang di dengar di kedai kedai kopi tentang keburukkan orang berkenaan akan disimpan dan di tokok tambah untuk dipaparkan sebagai sesuatu yang amat  buruk. Hati akan  sentiasa  marah selagi tidak memperolehi apa apa habuan , selagi itu perasaan dan cemburu akan menjadi dendam untuk terus mengaibkan dan membuka pekong orang yang dibenci. Sebenarnya bukan benci sangat tetapi  perasaan mahu yang banyak.

TB ada membaca satu coretan dari bekas pesara  polis dari Rantau Negeri Sembilan yang di kutip oleh  oleh sebuah blog pembangkang cucu tok selampit  ( CTS) (TB rasa CTS sendiri  tak faham apa yang dikutip ) . Sebuah tulisan yang kononnya dari luahan perasan seorang pesara polis dari DUN Rantau mengenai ADUN Rantau yang juga  menteri besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. 

Apa yang dapat penulis rumuskan setelah membaca tulisan berkenaan bahawa tulisan berkenaan adalah satu tulisan biasa sahaja bagi seorang insan yang kecewa kerana tidak mendapat perhatian lantas  meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Dato' Menteri Besar dan boleh lah kita ketegorikan sebagai kes  terpencil bagi "memburu kasih sayang" (ramai yang berperangai macam ini) Tujuan mereka ini sama saja yang mana di akhir garisan  mahukan mencari perhatian dari Menteri Besar untuk mencari habuan peribadi.

Mukadimah awal  tulisan boleh kita rasakan bahawa penulis mahukan pembaca tersentuh  dengan keikhlasan beliau dan semoga bersimpati dengan kata kata bahawa peluah perasaan bahawa dia  tidak ada agenda terselindung walau sekulumit kepentingan peribadi. Jika kita perhatikan ayat ini sememangnya biasa yang diluahkan oleh mereka yang sebenarnya ada udang disebalik batu. Itu biasalah, ada juga yang berkata bahawa mereka  bekerja tanpa gaji dan hanya kerana Allah SWT demi parti :  Ayat sebegini  memang biasa kita dengar dimana mana saja,  ini memang ayat ayat orang yang mahukan pembaca memberikan simpati atas tulisan mereka. 

Sebenarnya  tulisan ini tidak langsung mempunyai isi kandung yang boleh memikat hati kita untuk memperakui kebenaran kata kata sekiranyan kita  seorang yang waras dan perihatin akan tanggungjawab Dato' MB terhadap kawasan beliau. Boleh lah kita anggap ianya hanya lah sebagai satu surat layang yang tidak berasas yang di tulis hanya dengan karangan dari apa yang di dengar di kedai kedai kopi saja. Tidak ada apa apa asas konkrit  yang boleh kita percayai dan boleh lah kita anggap bahawa ini satu surat layang yang tak bertuan. Kalau penulis ini benar benar ikhlas menegur , kenapa tidak perkenalkan diri dan kenapa hanya  mahu dikenali sebagai bekas pesara. Jelas penulis ini takut bertanggungjawab atas tulisan beliau.

Tulisan yang tidak berkualiti macam ini  banyak boleh kita baca dan ramai yang  berada dalam taraf kekotak pemikiran pesara ini boleh mengarang surat setaraf ini. Tanpa sebarang  lampiran bukti  projek - projek yang difitnahkan atau apa saja bukti yang boleh mengaitkan dengan tuduhan yang dilakukan oleh  penulis yang meluahkan perasaan ini.Yang paling buruk adalah tuduhan kepada abang MB dan Dato' Ghani kononnya menyapu projek projek kerajaan. 

Mana dia bukti bersurat yang mengatakan kedua dua saudara MB mendapat kerja kerja berkenaan , kalau setakat mahu menyebutsyarikat itu syarikat ini dapat projek kerana dibantu oleh Dato' Azman , siapa pun boleh cakap sedemikian. Apakah apabila menjadi saudara kepada Menteri Besar, abang adik dan siapa saja yang  ada ikatan tali persaudaraan dengan Dato' MB maka kenalah mereka ini hidup merempat papa kendana dan mengemis. Mereka tidak boleh bekerja, tidak boleh hidup lebih sikit dari orang lain. Bila mereka ini miskin dan papa kendana ,akan adalah pula tohmahanlain pula  nanti kononnya Dato' MB tak tahu jaga sedara sehingga merempat.

Karangan kepada cerita sebegini hanya mungkin difahami sedikit oleh orang orang  Rantau sahaja  kerana mengenali nama nama yang tercatat dalam tulisan berkenaan dan bagi pembaca luar mungkin mereka tidak berminat langsung untuk membaca tulisan ini. Namun orang Rantau yang mengenali nama nama yang di sebut juga akan tercengang cengang kerana pembabitan nama nama yang ditulis  tidak ada yang bertepatan  dengan jalan cerita yang ditulis.

Apa yang TB nampak di sini seperti  ada usaha untuk memberikan kredit kepada Haji Hadi Othman. Seorang peniaga Restairan makanan yang dikatakan tidak menyokong Dato' MB kerana tidak dapat kerja kerja  tambahan setelah mendapat beberapa kerja dari MPS. Cukuplah Hj Hadi bagilah kepada kontarktor lain pula. Kepakaran Haji Hadi kan di bidang makanan kenapa nak jadi kontraktor pula. Apakah  mungkin penulis ini adalah seorang pesara tentera yang membuka kedai makan di Rantau yang ada kaitan tali persaudaraan dengan Haji Hadi. Allahuwalam.

Bagi TB  apa yang mahu diluahkan oleh pesara ini adalah luahan yang setaraf dengan kedai kopi saja. TB juga tidak mahu banyak mengulas mengenai isi kandungan tulisan berkenaan yang boleh TB anggap sebagai sampah apatah lagi menyiarkan tulisan ini. Ingin juga TB menyampaikan bahawa tujuan  TB  menulis juga atas dasar peribadi kerana pesara tersebut ada menyentuh nama salah seseorang yang ada kaitan dengan TB ia itu adik ipar TB . Malangnya apa yang ditulis mengenai adik ipar TB langsung tidak berasas.

8 comments:

  1. Cubo sesekali poi doket pejabat jkr elektrik england garden tu tanyo2 sapo yg kontraktor yg maso dulu dok kafirkan umno... bilo dah boronti kojo dan kalah jadi calun pas lawan umno dok pulak cari makan ket opis lamo dio.... tokey eee pulak kepalo dap.....

    ReplyDelete
  2. Terbaikk... Biasalah.. Bila nk dekat dgn pilihanraya ni TB, mulalah keluar isu itu.. Isu ini. Mereka ini sebenar iri hati.. Org jd kontraktor.. Dia pun nk jadi kontarktor.. Org bukak kedai makan.. Dia pun nak bukak kedai makan.. Bila x dpt.. Mulalah buat cerita itu ini di kedai kopi.. Bg blog cts. Usul periksa dululah kesahihan cerito.. Brp hinggit pesaro tu bayar ekau...

    ReplyDelete
  3. mcm abg amid yo bunyi eh...abg Hj Hadi. yo ko.

    ReplyDelete
  4. iolah dah nak dokek pilihanrayo ni ramai lah yg nak cari kesempatan nak ngaso sikit duit Tok MB ni. Hati tuh busuk , dongki yo .Kito patut banggo ngan anak Rantau jadi MB bukan nya sokong bawak rebah. MB ok yo , ramai orang yang dibantu oleh tok MB. tak payah lah macam macam.

    ReplyDelete
  5. saya selaku orang luar dari rantau pun berani mengatakan bahawa TOK MB KITO ini terbaik dikalangan orang yang baik-baik yang mana banyak lah tak dapek den senaraikan kepada penduduk N.S. cuma polis yang bungkur tu yo yang tak tahu kebaikan yang telah dibuat.... datang ke pejabat dun pun tak ponah, apa-apa masyuarat pun tak datang jual temberang dikedai kopi tulah kejo ee...orang macam ni banyak sey jumpa kek zoo melaka.je......

    ReplyDelete
  6. Orang pkr kan bodoh....buek ceramah. Kek rantau pehtau bantai eh begadoh sesamo dio....sah takdo otak

    ReplyDelete
  7. Pkr bodoh..buek ceramah pon begadoh kek rantau haritu

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts