Sunday, January 13, 2013

Diana Danielle Ditahan di Sydney Dan Farid Kamil Ambil Tindakan Undang-undang

Desas-desus sekarang ini dikatakan Diana Danielle Danny Beeson, ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.

“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai perkara itu.

Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.

Diana Danielle dan Farid Kamil di Sydeney semasa berbulan madu
Farid yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran filem Bencinta terbitan Metrowealth Pictures di Pulau Langkawi menyatakan, keadaan isterinya di Sydney selamat dan tinggal buat sementara waktu bersama pelajar Malaysia di sana.

“Saya mempunyai penggambaran untuk dua filem baru ketika ini termasuk satu filem aksi arahan saya sendiri. Berkemungkinan saya akan bertemu dengannya semula pada penghujung bulan ini,” katanya.

Farid bersama Diana yang melangsungkan perkahwinan pada 3 November lalu mencetuskan kontroversi pada majlis persandingan berlangsung pada 1 Disember di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya apabila Farid mengenakan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tetamu hadir pada malam itu turut dipertontonkan dengan persembahan lapan ekor kuda daripada Unit Berkuda PDRM.

Katanya, kontroversi yang berlaku pada majlis persandingannya itu berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta bertujuan memalukannya.

“Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa,” katanya.

Farid berkata, pakaian seragamnya itu tidak mewakili mana-mana pasukan beruniform. Malah, kontroversi itu sudah diselesaikan dan tiada apa-apa tindakan diambil dari PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Katanya, tindakan akan diambil kerana faktor memalukan dirinya, memutar belit fakta sebenar, memburukkan hubungannya bersama ATM dan PDRM serta bertindak menjatuhkan hukuman padanya sebelum dibawa bincang.

“PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts