SEMINAR Nusantara Islam
di Asia Tenggara yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) sekarang ini, membuka mata penulis terhadap banyak perkembangan
Melayu dan Islam di negara lain sekitar negara kita.
Selain mendapat maklumat lebih jelas
tentang keadaan sebenar yang berlaku di Myanmar membabitkan orang Islam
Rohingya, penulis juga kagum dengan ‘kejayaan’ orang Melayu dan Islam
Singapura dibawah kepimpinan parti PAP, yang punya cawangan di Malaysia,
iaitu DAP.
Penulis tidak salahkan pembentang kertas
kerja itu, seorang Profesor dari National University Singapore kerana
memuja dan memuji melambung kerajaan PAP Singapura dalam ‘memajukan’
orang Melayu di negara tersebut.
Penulis juga tidak salahkan beliau kerana
memuji kerajaan PAP yang memberikan hanya 4% dari keseluruhan pelajar
yang menerima biasiswa di negara tersebut kepada orang Melayu. 4% atau 4
orang bagi setiap 100 orang itu, memang satu pencapaian yang
membanggakan!!!
Dan paling membanggakan Profesor ini,
bila baru-baru ini kerajaan Singapura menganugerahkan Biasiswa Presiden
kepada seorang anak melayu (dari 5 orang), pertama seumpama dengannya
setelah 44 tahun!!
Maklum sahajalah, Profesor ini bekerja
dengan Universiti milik kerajaan Singapura. Lumatlah dia kalau didapati
mengutuk kerajaannya sendiri di negara ini.
Beliau datang ke Malaysia ini hanya
sekali-sekali, lepas ini nak balik ke Singapura semula. Tak pasal-pasal
nanti, kerana nak menyedapkan hati dan telinga peserta seminar, Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih diamalkan di negara asalnya,
menanti sebaik menyeberang tambak.
Untuk berlaku adil kepada beliau, tidak
salah kalau penulis katakan, pendapat Profesor itu betul dari konteks
pemahamannya tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum minoriti di
Singapura. Tak adillah beliau untuk membandingkan kedudukan Melayu
negara tersebut dengan negara ini.
Tapi pendedahan ini baik untuk dijadikan
pengajaran oleh sebilangan orang Melayu di Malaysia ini yang sentiasa
tak tahu nak bersyukur dengan kemajuan yang dicapai bangsa tersebut
sepanjang berada dibawah kepimpinan UMNO.
Golongan ini nak juga percaya DAP, adik
PAP tu mampu mengekalkan hak keistimewaan dan kemajuan orang Melayu
seperti dibawah UMNO sekarang.
Kalau nak dibandingkan dengan Singapura
sana, rakyat negara ini dan orang Melayu khasnya sungguh beruntung.
Walaupun ada keistimewaan orang Melayu yang dijamin perlembagaan,
bangsa-bangsa lain tidak ketinggalan. Di beri peluang yang sama untuk
kaya dan berjaya.
Ini semua yang perlu disebar luaskan.
Profesor ini patut dibawa menjelajah seluruh negara kita, bercakap
tentang realiti sebenar Melayu di Singapura. Tak apalah kalau beliau
bercakap benar, kerana yang mendengar tahu membuat perbandingan dengan
keadaan sekeliling.
Kalau nak bawak semua Melayu tak sedar
diri ini ke Singapura untuk lihat sendiri, mungkin masalah sikit, tapi
kalau Profesor ini yang kita arak, lebih banyak kurang kosnya.
sumber : Mykmu.net sebelum ini TB ada menulis isu yang sama baca sini
No comments:
Post a Comment