Nampaknya, penganut Kristian di Malaysia bersungguh-sungguh benar ingin
menggunakan nama ‘Allah’ dalam kitab-kitab agama mereka seolah-olah
tanpa menggunakannya maka ajaran Kristian mereka tidak lengkap dan tidak
tepat. Kita tahu niat sebenar puak-puak ini iaitu untuk menyebarkan
agama Kristian di kalangan orang Melayu Islam di mana mereka yang agak
cetek pengetahuan agama pasti mudah menjadi keliru dan akhirnya
dimurtadkan apabila melihat nama Allah di dalam risalah dakwah dan
kitab-kitab Kristian.
Kita tidak yakin bahawa taktik kotor
ini dibenarkan dalam agama Kristian kerana kita percaya yang semua agama
mementingkan ketelusan dan keikhlasan. Bagaimana seseorang dapat
menyatakan dia berada di pihak yang benar dalam soal agama jika cara
yang digunakan untuk menyampaikannya adalah licik iaitu cara manipulasi
atau penipuan halus.
Cara kotor ini hanya sesuai dikaitkan dengan politik, bukan agama.
Justeru, tidak hairanlah yang menjadi juara penyebaran Kristian dengan
cara licik iaitu dengan menggunakan injil berbahasa Melayu dan Kalimah
Allah sebagai merujuk kepada ‘Tuhan’ Kristian, adalah parti DAP. Tidak
hairan juga yang ia turut dipersetujui dan disokong oleh PKR, hatta PAS
juga, walaupun parti itu kononnya menjadi barisan hadapan atau benteng
pertahanan Islam.
Seharusnya, apabila isu ini timbul,
pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia termasuk para Ulama mengambil
inisiatif mengajak puak Kristian ke meja perbincangan dan perbahasan
ilmiah bagi mencari penyelesaian.
Memandangkan isu ini telah
menjadi isu politik yang hangat, maka adalah lebih afdal bagi PAS
sendiri untuk memulakan perbincangan dan perbahasan dengan sekutunya DAP
bagi mengenalpasti apakah signifikannya bagi Kristian untuk menggunakan
nama Allah dalam kitab mereka?
Jika puak Kristian DAP gagal
membentangkan alasan yang signifikan, maka jelaslah bahawa isu ini
bersifat licik serta wajib ditentang. Namun, PAS tidak pernah bersemuka
dengan DAP untuk memahami alasan mereka tetapi terus sahaja
mengeluarkan kenyataan menyokong, kononnya tiada salahnya dalam isu
penggunaan nama Allah di dalam kitab agama lain.
Adalah tidak
wajar PAS menyokong perjuangan Kristian DAP ini tanpa terlebih dahulu
mengupas tujuannya dan memahami kewajarannya.
Ini kerana,
nama ‘Allah’ tidak digunakan dalam mana-mana kitab Kristian di
negara-negara dengan pengamal agama itu yang paling ramai. Secara
dasarnya, Kristian percaya bahawa Tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu
‘God the Father’ (Tuhan Bapa), ‘God the Son’ (Tuhan Anak) dan ‘Holy
Spirit’ (Roh Kudus). Ketiga-tiga ‘elemen’ ini dirujuk sebagai satu
Tuhan dengan panggilan umum, ‘the Lord’.
Seperti juga Islam,
terdapat berbagai mazhab dalam Kristian. Tiga mazhab utama Kristian
ialah Katholik, Eastern Orthodox dan juga Protestant.
Puak
Kristian DAP yang menimbulkan isu kalimah Allah ini adalah dari mazhab
Protestant. Mereka merujuk kepada diri mereka sebagai ‘Evangelist’
iaitu, jika mengikut penerangan Wikipedia, ia bermakna ‘pendakwah’ yang
mempunyai misi khas untuk menarik penganut agama lain agar memeluk
Kristian.
Mazhab prostestant juga berpecah kepada beberapa
versi yang turut melalui berbagai perubahan dari zaman ke zaman serta
berbeza mengikut tempat. Protestant adalah satu mazhab yang menidakkan
pemusatan kuasa ke atas Pope tetapi atas individu sendiri berasaskan
‘keimanannya’ kepada kitab Injil.
Walaubagaimanapun, asas
Kristian tetap sama iaitu berpegang kepada konsep Trinity dan merujuk
kepada Tuhan sebagai ‘the Lord’. Namun, semua Kristian juga memahami
bahawa perkataan ‘Abba’ turut merujuk kepada Tuhan kerana ia adalah
panggilan Nabi Isa (Jesus) kepada bapanya. Ini tidak menghairankan
kerana ‘bapa’ di dalam bahasa Arab, berbunyi ‘Abi’.
Nama
‘Allah’ tidak disebut di mana-mana dalam dokumen yang menerangkan
Kristian, sekali gus bermakna tiada alasan yang munasabah bagi DAP untuk
bermati-matian memperjuangkannya.
Jelas sekali bahawa isu
ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu agenda licik dan berniat jahat
semata-mata, dalam usaha DAP untuk mengembangkan agama Kristian.
Justeru, alasan PAS bahawa parti itu menyokong DAP dalam isu ini selagi
nama Allah tidak disalahguna adalah tidak relevan sama sekali kerana
sudah terang lagi bersuluh bahawa ia bukan sahaja disalahguna tetapi
digunakan dengan niat jahat.
Dengan itu, sokongan yang PAS
tunjukkan terhadap DAP wajar dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap
Islam. Jangan kita lupa bahawa PAS juga yang menghentam kerajaan dalam
isu 30,000 kitab injil berbahasa Melayu yang ditahan di pelabuhan tahun
2011 kerana kontroversi kalimah ‘Allah’ di dalamnya.
Kesimpulannya, PAS adalah kuda tunggangan yang boleh ditunggang
terbalikkan sesuka hati oleh DAP untuk mencapai apa sahaja matlamat
mereka, termasuk menyebarkan Kristian dan memurtadkan umat Islam.
No comments:
Post a Comment