Sunday, January 20, 2013

SEMINAR ISLAM DI ASIA TENGGARA : PEMBENTANG KERTAS KERJA 5 INGAT RAKYAT MALAYSIA BUTA MAKLUMAT !!

Pembentangan kertas kerja yang ke 5 semalam mencetuskan satu suasana yang agak meresahkan peserta khususnya pemerhati yang terdiri dari Face Booker dan juga bloggers  yang menghadiri Seminar Nusantara Islam di Asia Tenggara yang dibetangkan oleh Y.BHG  PROF .MUHAMMAD BIN MUTALIB yang begitu difensif mempertahankan rakyat minoriti Islam di Singapura.

Pembuka kata yang terlalu banyak memuji rakyat minorti Singapore dan mengangkat mereka sebagai minoriti yang paling bernasib baik antara minoriti di sesebuah negara amat menjijikkan dan ramai yang beranggapan Prof menghina perserta  seolah olah kita ada lah rakyat Malaysia yang buta pada maklumat seolah olah mereka adalah "kata di bawah tempurung:"

Prof Muhammad menafikan hak hak orang Melayu di Singapura sebenarnya dikongkong dan dan menafkkan bahawa kerajaan Singapore sebenarnya mahu melenyapkan bangsa dan agama Rakyat Minoriti Singapore itu. Beliau juga menafikan hak dan kebebasan beragama di Singapore aang  terhad dan beliau juga menafikan bahawa masjid masjid dan surau di Singapore tidak dibenarkan melaungkan azan.

Belau juga menafikan bahawa rakyat Minoriti Singapore semakin lama semakin pupus dan kini hanya tinggal 13 peratusan rakyat Singapore.Katanya  100 tahun dahulu orangMelayu sudha menjadi Minoriti di Singapore. Katanya paling tinggi jumlah Melayu Di Singapore adalah 15 %. Mungkin Prof ini lupa atau  masih tidur dan tidak meyedari bahawa rakyat Minoriti Sigapiore ini pernah mencecah 25 %.

Beliau begitu berbangga dengan masyarakat minoriti Singapore ini yang mana dikatakan yang terpalajar dikalangan orang orang Melayu lain kerana berjaya menduduki perperiksaan bertaraf International dan katanya lagi di Singapore  golongan minoriti ini tidak perlu bimbang dengan pendidikan dan juga selepas belajar kerja sudah sedia menunggu mereka. Sebenarnya di Malaysia juga kita tidak perlu bimbang tentang pekerjaan jika kita tidak memilih, bila bila masa saja kita boleh dapatkan kerja setakat di Hiper Market atau Syarikat cleaning. Tapi rakyat Malaysia tidak lagi mahu melakuakn kerja sebegini.

Saya kagum juga apabila beliau berkata bahawa  beliau pernah bergurau dengan isterinya bahawa mereka beruntung tidak perlu ke masjid selalu kerana boleh mendengar ceramah dari rumah sahaja. Hebat prof ini memujui kerajaan Singapore menjaga orang orang Melayu Songapore dari segi kebajikan dan agama.Penulis tidak mahu menulis banyak perkaa yang diucapkan yang mengeletek perasaan peserta dan hanya mampu menelan air lior saja menahan sabar. Namun ada juga yang  tidak terkawal dan menjerit dari belakang perkataan yang tidak enak di dengar.Profesor juag berjaya yang tidak berjaya menyorokkan segala sengsara minoriti Melayu di Singapore.

Apa yang sebenarnya mahu penulis sampaikan di sini adalah satu perkara yang jelas penulis dapat lihat pada profesor ini adalah  SINGAPORE BERJAYA MENUTUP MULUT RAKYAT NYA DAN RAKYATNYA DIKAWAL RAPI AGAR TIDAK MEMBURUKAN NEGARA DI MATA  RAKYAT NEGARA LUAR. MEREKA JUAG ABAIKAN LEMBU YANG DI ARIK HIDUNG. erm apa yang di hairankan , ingat senang ke nak jadi pensyarah di National Universiti Singapore. kenapa nak cari pasal ek... silap silap balik kena tahan di imgeresyen. Bail main cool dan play safe . Rating : Failed.



 


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts