Pengemis Warga Asing bemaharajalela di negara kita. |
Bawa kereta pun tak senang, |
Kebajikan masyarakat perlu mengambil tindakan untuk menangani masalah ini sebelum ianya bertambah. teruk |
Suasana sebegini kini sudah hampir menjadi semacam lumrah dan aku naik rimas dengan mereka yang mengotorkan negara ini untuk hidup mewah dengan cara mudah. Kalau aku menghindarkan diri ku lagi melancong ke Medan kerana lemas dengan pengemis yang macam langau , pasti aku sukar untuk menerima mereka yang mengemis di negara aku ini.
Bukan aku benci pada mereka yang mengemis ini , tetapi menyusahkan kita kembali. Mnedesak dan memaksa. Jika kita minum di Sri Harta Mas atau Ampang Point . Belum habis roti canai sekepin kita akan di datangi oleh5 orang pengemis. Semuanya pendatang asing. Mengemis jadi pekerjaan kepada mereka dan mereka lebih kaya dari kita.
Ada juga yang mengaku dari Gaza , bila kita bagi RM10 kononnya derma untuk Gaza, mereka kata jumlah minima RM50 untuk membeli Al Quran. Entahlah benar atau tidak , hanya Allah mengetahuinya.
Ini adalah suasana di simpang antara Karak Hi Way mahu ke Batu Caves dan Green Wood. Hari hari mak cik warga asing ini mengemis dengan menjual pen. Ada tiga orang yang berganti ganti mengambil tempat ini, Dua lelaki tua dan mak cik ini.
Harap pihak kebajikan masyarakat boleh melakukan sesuatau sebelum negara kita ini penuh dengan mereka mereka ini yang boleh menggangu ketenangan kita.
TB
No comments:
Post a Comment