Thursday, January 10, 2013

HAJI HADI TERDESAK MENULIS DI HARAKAH KERANA RAMAI PENYOKONG PAS KELUAR PARTI KERANA ISU TAKFIR

Haji  Hadi sudah mula tertekan dan menulis  di Harakah mengenai isu Takfir , mengapirkan orang UMNO. Seperti biasalah  Hj Hadi macam lidah biawak cuba memutar belitkan kata kata untuk Mempertahankan diri tetapi tidak pula menafikan bahawa dia tidak mengafirkan orang UMNO.


Hadi seperti biasa cuba menyalahkan situasi ketika itu kononnya kerajaan sekular dan hanya mereka saja yang Islam. Hadi nampak kian teredesak dan menyeru ahli PAS agar tidak mempercayai isu ini apabila isu ini benar benar menekan Hj Hadi sehingga merayu untuk bercakap dalam media kerajaan.  

Ini petikan sebahagian tulisan Hj
Hadi di Harakah.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts