1. Tamat sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang moga-moga menjadi himpunan terakhir sebelum rakyat Malaysia menempuhi PRU ke-13.
2. Rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan anjuran Mat Sabu dan
Hishamuddin Rais ini gagal mencapai matlamat yang dikehendaki. Memang
pada namanya sahaja angka 1 Juta itu sengaja diletakkan untuk menanamkan
rasa gerun dan takut kepada pihak kerajaan dan penyokong kepada
kerajaan.
3. Namun hasrat sebenar Mat Sabu dan Hishamuddin Rais adalah untuk
mendapat sekurang-kurangnya lebih daripada kapasiti kawasan tampungan
stadium dan persekitarannya adalah gagal.
4. Tujuannya adalah untuk menyukarkan perlaksanaan modus operandi pihak
polis agar berlaku pergeseran antara peserta dan pihak berkuasa. Dengan
memilih 8 kawasan berbeza sebagai tempat mula, logistik peserta
perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka dengan jumlah lebih daripada
50,000 orang adalah satu mimpi ngeri walaupun untuk sesebuah syarikat
Event Management yang sudah berpengalaman.
5. Kecekapan pihak berkuasa terutamanya pihak polis mengatur perjalanan,
melaksanakan perkara mengikut SOP yang telah ditetapkan haruslah
dipuji. Walaupun berhadapan dengan khalayak yang tidak putus-putus
melakukan provokasi, tetapi kecekalan pihak polis menjadi kunci himpunan
hari ini tidak bertukar menjadi hodoh.
6. Walaupun telah digariskan oleh pihak polis yang pada mana kanak-kanak
kurang dari umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk mengikuti himpunan
ini, masih lagi terdapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab engkar
dengan arahan tersebut.
7. Arahan dari Hishammuddin Rais supaya ada ibu bapa membawa anak kecil
mereka adalah untuk melakukan provokasi terancang kepada pihak polis.
Apabila polis menahan ibu bapa tersebut, maka akan berlaku pergelutan
antara pihak polis dan ibu bapa. Di dalam situasi ini, pihak polis akan
berada pada keadaan 'disadvantage' kerana walaupun terdapat pewartaan
undang-undang dikeluarkan, mereka yang dilihat melindungi anak-anak
kecil akan mendapat 'favourable angle' daripada pihak media.
8. Ini yang diharapkan oleh media pro-pembangkang untuk berlaku supaya
mereka boleh memainkan isu kekasaran pihak polis kepada anak kecil.
9. Tetapi bagi pihak polis pula, mereka tidak bertindak ke atas ibu bapa
ini pada waktu kejadian. Walaupun sengaja anak kecil dibawa lalu di
hadapan polis, mereka tidak bertindak untuk menyaman ataupun melakukan
tangkapan kepada ibu bapa tersebut bagi menjaga psikologi khalayak untuk
tidak bertindak ganas.
10. Tahniah kepada pihak polis. Tetapi selepas ini mungkin surat saman
tersebut akan sampai ke rumah-rumah mereka yang melakukan kesalahan demi
untuk menegakkan undang-undang. Larangan-larangan serta batas-batas
untuk mengikuti perhimpunan ini telah dikeluarkan di setiap saluran
media yang ada. Tidak ada alasan lagi untuk ibu bapa ini untuk membawa
anak mereka.
Peserta Pulang Sebelum Ucapan Anwar
1. Perkara ini tidak dinafikan berlaku.
2. Peserta yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan anak-anak
muda didapati meninggalkan stadium sebelum ucapan Anwar sekali pun.
3. Mereka dapat menjangkakan bahawa tidak akan berlaku huru-hara ataupun
kekecohan pada hari tersebut kerana keadaan adalah terlalu terkawal.
Keadaan lalu-lintas yang lancar serta terdapat persediaan untuk
mengelakkan peserta merasakan marah dan kecewa.
4. Dalam keadaan yang terkawal sebegini, peluang untuk melakukan
kekecohan adalah sangat tipis. Cubaan untuk turun ke Dataran Merdeka
juga dibuat goleh beberapa perkumpulan AMK, tetapi sekiranya tanpa sebab
mereka ingin masuk ke dataran, maka kesalahan tersebut akan terletak
pada tangan mereka.
5. Provokasi di Dataran Merdeka adalah untuk mencetuskan supaya pihak
polis bertindak ke atas mereka, tetapi mengikut SOP polis, selagi mereka
tidak melepasi barricade yang mereka telah sediakan maka selagi itulah
polis tidak akan bertindak.
6. Dalam sudut psikologi juga, Dataran Merdeka telah memuat masuk hampir
2,000 anggota polis dan juga penguasa DBKL. Dengan kekuatan anggota
seperti ini, siapa yang berani untuk melakukan onar.
Kehadiran Peserta
1. Tidak dinafikan bahawa kehadiran peserta kali ini adlah lebih ramai
daripada Bersih 3.0 yang hanya mengumpulkan sekitar 22,500 orang sahaja.
Kali ini, dipersetujui ramai bahawa jumlah kehadiran hari ini meningkat
sekali ganda kepada 50,000 orang peserta.
2. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa Bersih 3.0 melibatkan hanya
satu pihak sahaja iaitu NGO Bersih. Tetapi buat Himpunan Kebangkitan
Rakyat 112 ini, telah melibatkan keseluruhan parti-parti Pakatan
Pembangkang beserta penglibatan kesemua NGO anti-kerajaan.
3. Jentera setiap parti, Bersih, ANAK, Anti-Lynas, Royalti, dan pelbagai
lagi NGO-NGO baru yang ditubuhkan khusus untuk menarik orang ramai
untuk turun hanya mampu mengumpulkan sebanyak itu sahaja.
4. Perlu diingatkan juga bahawa di dalam jumlah 50,000 khalayak yang
turut hadir, bukanlah semuanya yang menyokong perhimpunan tersebut.
Adalah naif untuk menafikan bahawa 100% yang turun adalah penyokong
kepada perhimpunan itu semata-mata. Walaupun jumlahnya tidaklah ramai,
tetapi tetap signifikan sekiranya mereka ini tidak turun ke padang
sekali.
5. Peserta mula bergerak daripada 8 tempat mula yang berasingan dengan
Pasar Seni yang paling hampir (750m) dan Masjid Ar-Rahman (UM) paling
jauh (9.6km). Tempat yang paling banyak mengumpulkan peserta adalah dari
Masjid Negara dan KLCC, masing-masing membawa jumlah lebih kurang
7,000-9,000 peserta. Tempat-tempat lain tidaklah mempamerkan jumlah yang
sebegini ramai.
6. Ini kerana telah dimaklumkan bahawa di setiap kawasan tersebut
diketuai oleh NGO tertentu dan pemimpin parti tertentu yang terlibat. Di
Masjid Negara, adalah tempat mula bagi penyokong dan jentera PAS yang
diketuai oleh Khalid Samad, Mujahid Yusoff Rawa dan Azmin Ali dan KLCC
adalah tempat mula ROYALTI dan ANAK yang dikepalai oleh Husam Musa dan
Mazlan Aliman yang rata-ratanya masih lagi terdiri daripada penyokong
PAS.
7. Masih terbukti lagi di sini bahawa PAS memainkan peranan penting
untuk mengerahkan jentera mereka untuk turut serta. Sokongan kepada NGO
bawaan PKR dan DAP semakin luntur terutamanya untuk PKR pada mana
perkumpulan Chegu Bard hanya membawa lebih kurang 300 orang sahaja.
8. Satu lagi trend yang meningkat adalah penyertaan daripada perkumpulan
mahasiswa yang melibatkan hampir 3,000 orang yang diketuai oleh Nurul
Izzah. Tetapi jumlah ini juga tidak boleh dibanggakan kerana pada hari
sebelumnya, Timb. Menteri Pengajian Tinggi telah mengirimkan tweet
beliau yang mengatakan bahwa tiada larangan untuk mahasiswa turun ke
perhimpunan ini.
9. Walaupun arahan sedemikian dikeluarkan, jumlah mahasiswa yang turun
adalah sekadar 3,000 sahaja jika dibandingkan dengan julah seluruh
penuntut IPT yang berjumlah 300,000 orang. 1% sahaja yang menyokong
kepada Pakatan Pembangkang. 297,000 mahasiwa yang lain tidak turut serta
dan boleh digambarkan mereka ini tidak cenderung kepada pembangkang.
10. Penglibatan mengikut kaum pula adalah lebih menarik lagi. Didapati
90% peserta yang turun adalah daripada kaum Melayu yang membawa jumlah
seramai 45,000 orang. Kaum Cina pula adalah 8% dengan jumlahnya 4,000
orang manakala India pula adalah 1% dengan 500 orang saja dan lain-lain
sebanyak 1% juga.
11. Daripada jumlah ini disimpulakan bahawa Kaum Cina hanyalah daripada
pergerakan Anti-Lynas sahaja yang selama inipun berkumpul sekitar angka
tersebut sahaja.
12. Penyertaan kaum India dengan hanya 500 orang sahaja menunjukkan kaum
India tidak lagi bersama Pakatan Pembangkang. Isu roboh kuil di Sepang
jelas menunjukkan yang kaum India merasakan marah dengan tindakan
tersebut.
13. NGO-NGO yang cuba dihidupkan bersempena dengan HKR 112 ini seperti
TANAH dari Johor dan lain-lain tidak mendapat sebarang sambutan.
14. Kegagalan ini adalah kerana NGO-NGO baru ini tidaklah mendapat
sambutan rakyat dan tidak sempat berkembang dengan baik menjelang
himpunan ini.
15. Secara kesimpulannya, yang berkumpul pada hari ini tidak sama sekali
layak ditarafkan sebagai himpunan 'rakyat' kerana mereka ini adalah
penyokong tegar pembangkang dan juga jentera parti. Persoalan sama ada
NGO-NGO anti-kerajaan ini dipandu oleh Pakatan Pembangkang ataupun tidak
sudahpun terjawab.
16. Selayaknya mereka harus namakan himpunan kali ini sebagai Himpunan Penyokong Pakatan Pembangkang.
17. Dengan jumlah 50,000 peserta, Barisan Nasional tidak perlu gentar
kerana jumlah mereka ini tidakpun lebih daripada jumlah pengundi 2
parlimen sahaja. Katakan jumlah ini adalah 30% sahaja sahaja yang turun,
paling-paling kurang, Pakatan Pembangkang ada bersama mereka hanya
tidak lebih daripada 200,000 orang sahaja yang benar-benar tegar ke
arah pembangkang. Ini bersamaan dengan paling maksima pun hanyalah 9
atau 10 parlimen sahaja.
18. Isu yang lebih penting untuk mendapatkan 2/3 kerusi parlimen kini
hanyalah tinggal untuk memenangi hati mereka yang berada pada keadaan
was-was dan mereka yang sudah hilang keyakinan kepada Parti Pembangkang
tetapi pada masa yang sama belum lagi boleh menerima Barisan Nasional
sebagai pilihan pertama.
19. Mereka inilah kunci kepada kemenangan 2/3 kerusi parlimen Barisan Nasional.
20. Tidak dapat dinafikan lagi kali ini bahawa kerajaan pusat pada hari
ini tidak akan berubah tampuk pemerintahannya. Barisan Nasional tetap
akan mendapat mandat dari rakyat untuk tempoh 5 tahun lagi. Cuma samada
2/3 kerusi tersebut tercapai atau tidak yang menjadi persoalan.
21. Gunakan Hak Untuk Sebelum Hak Untuk Bersuara.
KAH KAH KAH KAO INGAT RAKYAT BODO KAH DENGAN BERITE SPIN KAO TU KAH KAH KAH
ReplyDelete