Najib Tun Razak
Najib Tun Razak penuh bersemangat ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk, hari ini. - Foto Bernama
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.

"Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.

Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.

Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam.

“SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi,” katanya PKR.

TB : Susah bila sudah selesa dan mengaku adik angkat Rosmah , lebih dari adik Najib pula perangainya. Adik Najib pun tak demand macam dia. minta itu minta ini bila tak dapat macam macam acra nak jatuhkan keluarga ini. Baik ke manusia macam ini.

PAS, PKR , tak payah lah cerita.  Mereka sememang simpan orang macam ini, mereka tukang kutip sampah di tong sampah.Melaun mana pun kalau  masuk PAS untuk bunuh BN akan jadi hero dalm parti mereka dan akan disanjung. Tak payah lah nak dengar cerita ular sawa yang lapar ni.