Thursday, January 31, 2013

Polis Edarkan 14 gambar individu ada anak besi dan kebal


Polis mengedarkan 14 keping gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dalam Himpunan Shamsidar di ibu negara pada 12 Januari lalu.

Kesemua individu itu diperlukan sebagai saksi bagi melengkapkan siasatan polis mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan tersebut.

"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil membantu polis. Tindakan membawa kanak-kanak bawah 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Apa lagi abang akak
Bawalah anak2 yang kebal tu ke balai polis untuk dilihat oleh Polis Di raja Malaysia. Patutnya bawa anak anak pergi bercuti bukan pergi berdemonstrasi. Ini samalah dengan kes dera. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, polis juga yang akn dipersalahkan.Kalau boleh bawa mereka berdemonstrasi dan sanggup mengambil risiko , bawalah ke  balai pula.

   IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

1 comment:

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts