Wednesday, January 9, 2013

‘Pejuang’ Gelombang Biru bertebaran mulai hari ini

Kerja-kerja menaikkan poster Gelombang Biru giat dilakukan sebagai persiapan Majlis Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru bersama Muhyiddin Yassin di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban semalam.


SEREMBAN 09 Jan. – Gelombang Biru akan bertebaran secara agresif di seluruh negeri ini sebaik dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi pada pukul 8 malam semalam.

Maka, rakyat akan melihat ‘tsunami biru’ melanda negeri ini dengan mesej bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang dengan majoriti besar serta menubuhkan kerajaan, sama ada di peringkat negeri, mahupun negara.

Acara kemuncak ini merupakan program lawatan kerja sehari Muhyiddin ke negeri ini semalam, yang mana dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama barisan kepimpinan BN di bangunan Wisma UMNO, selain mendengar taklimat dan persiapan jentera BN negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada pukul 11 pagi , Timbalan Perdana Menteri menyampaikan amanat kepada 1,500 orang yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta pemimpin akar umbi di Klana Resort, Seremban.

Kemudian katanya, Muhyiddin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menghadiri program bersama rakyat di padang Majlis Daerah Jempol (MDJL) pada pukul 3 petang, yang mana beliau telah menyampaikan wang bantuan khas awal persekolahan kepada penduduk di situ.

”Pada pukul 8 malam, pemimpin negara ini telah disambut oleh 70,000 belia, penyokong BN dan orang ramai di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi serta melancarkan jentera Gelombang Biru BN peringkat negeri,” ujarnya.

Justeru katanya, orang ramai, belia dan seluruh penyokong setia BN, dijemput datang dengan memakai baju biru malam esok di Paroi.

Dengan pelancaran itu kelak, maka Gelombang Biru akan membasuh ‘tsunami politik 2008′ dengan beberapa pembaharuan dan berpandukan kepada semangat berkobar-kobar malam esok, maka bermulalah agenda untuk merampas kembali kerusi yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu serta mempertahankan kerusi dimenangi.

Semalam, ucapan dan amanat Timbalan Perdana Menteri, selain ucapan beberapa presiden parti dan Mohamad, lebih terarah kepada semangat juang yang tinggi.

Maka ayuhlah mulai hari ini kita sama-sama meledakkan Gelombang Biru demi agama, bangsa dan tanah air serta masa hadapan rakyat negeri dan negara ini.

TB Turut dalam program ini semalam,:::
 

















Dua sahabat dalam satu perjuangan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts