Friday, January 25, 2013

PATRIK TAK ADA TELOR MENGHILANGKAN DIRI : MAZIDUL TANYA MANA DIA ???

Mazidul tanya  : KEMANAKAH PATRICK TEOH MENGHILANGKAN DIRI?

Kebelakangan ini pelbagai soalan menerjah benak fikiran saya berhubung soal pemerintahan dan  politik .
1. Masalah tuntutan 10 meter padu bekalan air percuma untuk rakyat Selangor seperti dicatatkan dalam manifesto Pakatan Rakyat, PR pada Pilihan Raya Umum, PRU-12 masih lagi belum dipenuhi sedangkan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangkakan bakal berlangsung Mac akan datang.
2. Tuntutan elaun dijanjikan kepada lebih 2,000 ibu tunggal masih belum diselesaikan sehingga kes terbabit diheret ke mahkamah. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengenepikan tuntutan itu tetapi gagal.
Klik di sini.
Kini ternyata, kenyataan Tan Sri Khalid sebelum ini, benar.
Manifesto BUKAN perjanjian dan tidak perlu dikotakan.
3. PAS, PKR dan DAP masih terus bercanggah pendapat berhubung soal penggunaan kalimah Allah di bible versi Melayu sedangkan tiga parti terbabit berada dalam satu perikatan. Justeru timbul satu soalan, mampukah PAS memperjuangkan Islam selagi terus bergambung bersama dua parti komponen lain?
Tidak tergamak saya membayangkan kekecohan bakal tercetus andai PR diberikan mandat menjadi pemerintah dan terpaksa menangani pelbagai lagi isu lebih besar jika tanpa kesepakatan.
Contoh terkini, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan mendesak penggunaan kalimah Alalh dipenuhi mengikut acuan DAP. 
Klik di sini.
4. Sebilangan individu mencadangkan Patrick tampil di arena politik. Mungkin ramai bakal terpukau mendengar suara emas digunakan untuk berkempen sempena pilihan raya akan datang.
Melihat hasil tulisan Patrick Teoh di blognya, baca di sini, dia ternyata tidak menyenangi sebilangan pemimpin kerajaan. Itu hak dia untuk menulis selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Sebelum ini Patrick didapati menghina Islam melalui akaun Facebook miliknya, klik di sini.
Saya dimaklumkan, sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Terkini, nombor telefon bimbit Patrick tidak lagi boleh dihubungi.
"Panggilan terus disambut dek voice mail," kata sumber.
Pada 22 Januari lalu, dia menulis entri berhubung kanak-kanak hilang, baca di sini.
... sedangkan pada masa sama, Patrick juga 'hilang'.
Barangkali dia gentar ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, klik di sini.
Saya mendengar ura-ura, polis sedang cuba mengesan Patrick untuk diambil keterangan. Bersama kita menunggu dan melihat samada ura-ura itu sekadar khabar angin atau kenyataan. Jika pembaca terserempak dengan bekas penyampai radio itu, sila kongsikan kisahnya di ruangan komen entri ini.
IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.
sumber

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts