Monday, January 28, 2013

Mona Fendi sempat bertaubat sebelum ke tali gantung


Kisah Mona Fandey disebut lagi dalam Metro Ahad hari ini. Siap dengan kronologi. Bermula ditangkap dengan suami dan pembantunya pada 13 Julai tahun 1993, sehinggalah hari mereka digantung serentak  sampai mati pada jam 5.59 pagi 2 November 2001.

Memang mereka antara pembunuh yang kejam dalam sejarah Negara. Namun kalian tahu atau tidak bagaimana Mona Fandey mengisi sisa-sisa kehidupannya di dalam penjara?

Dalam tempoh lapan tahun dalam tahanan dan penjara itu, Mona Fandey telah bertaubat. Sebelum digantung Mona Fandey telah mengucap dua kalimah syahadah dan dia mati digantung pada pagi Subuh Jumaat yang syahdu. Sebelum digantung Mona Fandey juga tenang, tidak meronta-ronta atau menjerit. Ramai pesalah yang pengsan sebelum digantung. Tetapi, Mona Fandey menghadapinya dengan penuh redha. Itulah jalan terakhir yang harus ditempuh, akibat kesilapannyaa sendiri, bukan menyalahkan orang lain. 

Ini adalah cerita yang aku dengar daripada seorang penceramah yang berceramah di mesjid tempat aku ini bulan lepas. Yang bercerita dengan ustaz itu ialah rakannya juga seorang ustaz yang bertugas di penjara tempat Mona Fandey digantung. 

Ustaz bertanya khalayak, adakah ada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan menyebut nama Allah? Adakah ada jaminan yang kita ini akan mati dalam keadaan baik? Sebab itulah kita harus berada di jalan yang lurus, selama 24 jam. 

Justeru, jauhilah daripada menceritakan kesalahan orang lain. Dalam diri kita ini masih banyak tompok-tompok dosa yang mesti dibersihkan.

Tentu kalian ingat akan dosa orang yang membunuh 100 jiwa, namun akhirnya dia juga mendapat keampunan Allah.

Oleh itu, ingatlah, kita harus sentiasa berada di jalan yang lurus, sebagaimana yang kita minta dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari itu.  

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

1 comment:

  1. ia mmg benar jgn mngata pada keburukan org lain krna kita ni bukan sangat sempurna...sbb tulah ALLAH berfirman jgn mengaibkan org lain kelak ALLAH akan membuka pekung kita suatu hari nanti...

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts