Wednesday, May 23, 2012

Tak sudi datang tak payah datang ke sambutan hari guru: Tok Mat terkilan



Saya sememangnya kagum dengan Jamal Abdillah yang mengucapkan  Terima Kasih kepada Menteri Besar kerana sudi mengundang beliau pada malam sambutan hari guru, Inilah dia kelebihan penyanyi veteran jika kita bandingkan dengan penyanyi  baru di mana  Adira juga turut diundang tetapi tidak langsung mengucapkan terima kasih kepada MB. Entah dia tahu atau tidak  MB ada di khemah , kita pun tak pasti. Ialah inilah dia pengalaman yang membezakan mereka berdua.

Menteri Besar telah hadir  pada malam  sambutan hari guru di padang MPS di mana lebih dari 10 ribu guru telah hadir pada malam tadi dan mereka telah diraikan bersama anak anak murid yang telah memberikan mereka sekutum bunga mawar. Sambutan hari guru ini amat bermakna sekali kerana tanpa guru siapalah kita. Negara akan mundur jika tidak ada remaja yang bijak yang dididik oleh guru guru ini. Malahan kata Menteri Besar , jasa guru sebenarnya tidak ternilai dan tidak terbayar hanya dengan makan malam ini.

Menteri Besar terkilan dengan cakap cakap  dari kalangan guru kononnya usaha menyambut hari guru ini adalah satu pembaziran. Menurut Menteri Besar , sambutan ini tidak di bayar dengan wang cukai rakyat, ianya adalah wang hasil pelaburan MBI. Tidak satu sen pun duit cukai rakyat digunakan untuk menyambut hari guru ini.Kalau tak mahu datang tak apa tak payah datang lain kali kerana kita  menjemput Guru yang sudi datang sebab kita mahu menghargai jasa mereka.

Katanya lagi , Insyallah kita akan adakan sambutan  yang lebih besar tahun hadapan untuk mengenangkan jasa jasa guru ini. 

TB: Memang sukar untuk kita menjaga hati semua orang tambahan dalam keadaan mereka ini pernah dihasut dan ditaburkan janji janji manis oleh pihak pembangkang. Mereka seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang telah banyak membantu guru guru. Namun bukan semua  guru yang begitu hanya yang fasik dan termakan janji janji pembangkang dan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan sememangnya tidak betul kepada mereka.  

Harap Tok Mat teruskan usaha murni ini dan jangan hanya kerana segelintir dari mereka ini kita perlu akur dan tunduk dengan kehendak mereka.


Menteri Besar menyampaikan ucapan

YM Raja Datin Seri Salbiah Bte Tengku Nujumudin isteri kepada mentei besar N Sembilan turut hadir
Menerima sumbangan dan anugerah

Adira perlu belajar dari pengalaman

Jamal Abdillah , penyanyi veteran yang masih laku dipasaran.


menghormati lagi Negara Ku dan lagu Guru

MB bersama Def Def kehormat

Anak anak dalam pakaian budaya  Negeri Sembilan

salah seorang murid yang mengambil bahagian



TB turut hadir pada majlis ini dan merakamkan gambar dan menulis  caption untuk gambar gambar ini. Di fahamkan juga 10 ribu naskah buletin N9kini.com telah diedarkan pada malam tadi. 21/5 Padang MPS ,Seremban.


1 comment:

  1. Emm sekali sekala buat macam nie kan best..bila dah buat dikate mcm2 kalo x buat dikata xde budget laa..pekak kan telinga jer laa kalo dgr komen2 negetif tu..mulut manusia x mcm mulut tempayan yg boleh ditutup..

    oh lagi satu kalo takat nak ucap "terima kasih" x payah kot nak dijadikan isu..huhu..xkan laa MB pon nak terasa agaknyer kat backstage dah berborak panjang lebar hohoho..tp yer laa pengalaman jamal dah bertahun lame nyer si adira tu baru lagi..Artis baru kan dia nie..

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts