BERSIH 3.0: Ambiga Bersedia Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini
mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka
kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang
telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata,
permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan
para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.
Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.
“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara
terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak
menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita
kekal aman.
“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana
telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata
Ambiga di sini hari ini.
Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0,
Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya
menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00
petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan
Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di
Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.
Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’
diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan
tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti
niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga
walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.
Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan
perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
PAK SOMADD dia ingat masih muda!kalau tua,ta kan berserabut,orang lain kalau dh sampai umor begini akan mencari ketenangan!
ReplyDeleteTeringat kata2 orang tua2 bila marah!
KECIK2 TA NAK MAMPUS,DAH TUA MENYUSAHKAN ORANG!
padan dgn muka dia akhirnya menyerah gak ,tak tahan dgn tekanan, sipitung dr gua hantu tu pun patut minta maaf gak dgn bangse sendiri,beriya iya duk cover si aci tu,nanti mati kaum kaum si aci tu ke yg menyedekah alfatihah....
ReplyDeleteUdah-udah ler si Samad Said ni. Dah berserabai atas bawah masih keliru lagi hidup ini.
ReplyDeleteSekurang2nya mereka ni bertamadun la juga dari puak-puak Bersih 3.0 dan puak PR tu. Setiap yg dilarang makin dilanggar, setiap yg ditegah itulah yg mereka berkehendak kan. Yg buruk jadi sempadan, yg baik jadikan sempadan.
ReplyDeleteBersih 4.0 baru blh dikatakan 'Rakyat' sebenar utk bumi Malaysia ini. Bersih 3.0 dan PR adalah 'Syaitan yang mengatakan kebenaran'.