BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA - Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. -Mazidul Akmal
Aku antara orang yang mengutuk Bob kerana tidak sependapat. Apa apa pun aku minta maaf dan aku doakan agar rohnya ditempatkan bersama orang orang yang solih dan ampuni lah segala dosanya. Jika Bob dikebumikan di kampung , insyaAllah aku akan lawati pusaranya apabila aku melawat pusara ayah ku pada bila bila masa nanti. Aku fadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham. (Bob sekampung dengan aku dan aku mengenali arwah ayahnya)
Berita Sinar Harian:
Bob Kuman meninggal dunia
SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.
Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.
Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni
Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang
bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.
Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh
orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang
dialaminya ketika ini.
Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.
Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani
penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang
menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.
Elokla jumpa keluarga dia minta maaf betul-betul. Dosa manusia dengan manusia memang tiada jalan keluar, kecuali kalau dimaafkan orang tu sendiri.
ReplyDeleteblog ni banyak komen pelik2 mengenai ramai orang, ada yang sampai tuduh free thinker. Tu dakwaan berat tu. Kalau tuduh orang tu kafir, salah seorang dari 2 orang tu (samada yang tertuduh atau yang menuduh) akan jadi kafir.
takkan nak tunggu diorang mati baru nak minta maaf? banyak kerja tu....
elokla delete blog ni. macamana saya sampai ke sini pun tak taula...