Friday, May 25, 2012

Kawan Kawan jangan ganggu kenteraman dan Privacy Ambiga - Berikan dia rehat dan ketenangan


dn_13_1
Bersih 4.0: Wahai Pakatan Haram, Berhentilah Guna Nama ‘Rakyat'

KALANGAN portal-portal berita milik Pakatan harami menggunakan nama ‘rakyat’ untuk menggambar kesengsaraan yang bakal dihadapi Ambiga lanjutan dari demonstrasi Bersih 4.0 yang akan diadakan di hadapan rumahnya bermula hari ini hingga Sabtu nanti (katanyalah).

Kononnya ‘privasi rakyat diganggu’, datuk bandar tidak peduli hak rakyat‘ dan seumpana dengannya.  Semua ini bukan penulis sengaja reka, tapi diekstrak dari tajuk-tajuk berita media pro pembangkang hari ini dan semalam.

Seolah-olahnya yang nak berdemonstrasi nanti tu bukan rakyat tapi orang asing kalau tak pun makhluk asing yang dihantar ke bumi untuk mengganggu privasi Ambiga.

Walhal yang akan berdemonstrasi nanti adalah juga rakyat, yang terganggu kehidupannya pada 28 April nanti juga adalah rakyat.  Kenapa rakyat yang lebih ramai jumlahnya ini dibeza-bezakan dengan jumlah rakyat yang tak seberapa di kawasan kediaman Ambiga?

Sekarang Ambiga rasalah, apa yang orang-orang itu rasa bila ‘privasi’ mereka untuk berniaga diganggu oleh Ambiga dan juak-juak baju kuningnya dalam demonstrasi pada 28 April.

Apakah orang-orang kaya macam Ambiga dan jiran-jirannya sahaja yang boleh ada privasi, kalangan orang meniaga kecil kecilan ni tak boleh ada privasi?

Penulis tidak rasa tindakan yang diambil sebilangan peniaga ini ada kaitan dengan politik seperti yang digembar-gemburkan sekarang.

Ya, politik.  Kalau Bersih 3.0 yang terang-terang disertai parti-parti politik Pakatan haram itu kita tak boleh kata acara politik, tapi demonstrasi Bersih 4.0 yang terdiri dari peniaga-peniaga kecil ini nak dikaitkan dengan politik pulak.

Begitulah bengongnya orang-orang yang menyertai Pakatan haram ini.

Tindakan ini sebenarnya lebih kepada menunjukkan kepada Ambiga apa rasanya bila hak untuk meniaga diganggu oleh demonstrasi haram yang dianjurkan Ambiga dan juak baju kuningnya, bukan ada tujuan politik.

Takkan depa nak pukul Ambiga pulak, tak pasal masuk penjara dek jin mata satu ni.  Apa cara yang lebih sesuai, sudah tentulah berdemo, apatah lagi Ambiga menyokong demonstrasi jalanan dan hak untuk berhimpun.

Paling penting, yang terlibat ini masih lagi rakyat.

Dengan itu, berhentilah Pakatan harami menggunakan rakyat untuk menggambarkan Ambiga dan jiran-jirannya.  Yang berdemo itupun rakyat juga dan mereka tanggung kerugian akibat dari demonstrasi haram yang dianjurkan Ambiga.
mykmu.net

1 comment:

  1. macam mana rumah pak nuar dan rumah "darah daging" nya juga jadi tumpuan BERSIH.4....

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts