Thursday, May 24, 2012

Penawar sakit jantung ditemui saintis - sempat ke tak ? - 10 tahun lagi.

LONDON 23 Mei - Saintis buat pertama kalinya berjaya mencipta tisu jantung yang sihat dengan menggunakan sel kulit pesakit jantung, sekali gus boleh merawat penyakit membawa maut tersebut.

Ketua penyelidik, Lior Gepstein berkata, mereka bagaimanapun masih memerlukan beberapa tahun lagi untuk melakukan ujian ke atas kaedah itu, tetapi ia menunjukkan bahawa sel pesakit boleh diprogramkan semula untuk memulihkan kerosakan jantung.

"Kami telah membuktikan adalah tidak mustahil untuk mengambil sel kulit daripada pesakit yang berumur dan menghadapi masalah jantung untuk diubah menjadi sel jantung yang sihat seperti baru dilahirkan di makmal,' katanya.

Menurut penyelidikan yang disiarkan di European Heart Journal hari ini, percubaan klinikal teknik itu akan bermula dalam tempoh 10 tahun.

jom join TB di FB - klik like di sini.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts