Saya terbaca mengenai
insiden baling telur dan batu ketika ceramah Ummi Hafilda dan Anwar
Ibrahim berlangsung serentak dalam kawasan yang jaraknya hanya sekitar
100 meter dari kedudukan pentas masing-masing.
Kecoh juga insiden itu di mana dilaporkan
bahawa penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan. Malah
melihat gaya gambar mangsa penyokong PKR yang terkena balingan batu di
Malaysiakini, lelaki itu bagaikan sudah “nyawa-nyawa ikan”!
Saya cepat menghubungi rakan-rakan
wartawan di Utusan, Berita Harian, UMNO Online, Malaysiakini, Harakah
dan beberapa media lain untuk mendapatkan maklumat mengenainya secara
adil.
Seperti selalu, Anwar akan menyalahkan
UMNO dalam hal ini dan atas insiden itu dia telah menjerit memaki hamun, “Pemuda UMNO sial! Pemuda UMNO sial!”, secara spontan di pentas ceramah
tersebut.
Dan sepertimana selalu, para editor
Malaysiakini, Harakah dan beberapa media pembangkang menyiarkan berita
yang menyalahkan UMNO dan berhari-hari menyiarkan gambar “lelaki yang
hampir mati” yang dilontar batu…
Manakala sehingga kini, tiada tuduhan
dari pihak UMNO mahupun Pemuda UMNO terhadap pihak PKR atau Pakatan
Haram mengenai insiden tersebut. Yang diminta oleh UMNO hanyalah supaya
pihak pembangkang hentikan segala tuduhan mereka yang tidak punya
sebarang bukti itu.
Pada saya, sama ada UMNO atau Pakatan
Haram, tiada sesiapa pun punya bukti kukuh terhadap insiden yang
berlaku. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan insiden
itu dilakukan oleh pihak UMNO mahupun Pakatan Haram.
Sebenarnya,
jika dilihat dari sejarah
pertembungan ceramah di antara Ummi Hafilda dan Anwar bukanlah satu
perkara baru dan ia telah berlaku sebelum ini di beberapa siri ceramah
politik ketika PRK mahupun pilihanraya negeri Sarawak sebelum ini.
Namun yang peliknya, tiada pula sebarang
kekecohan yang membabitkan kejadian membaling objek keras, batu, telur
dan sebagainya sebelum ini.
Tapi mengapa kali ini ia berlaku di kawasan
Lembah Pantai, atau lebih tepat lagi PARLIMEN YANG DIWAKILI NURUL
IZZAH..!!!
Dalam hal ini, selalunya polis pun agak
payah untuk menyiasat tentang siapa yang baling batu atau sebagainya
kerana tiada mata yang melihat dalangnya. Mungkin penyokong PKR dan
mungkin penyokong UMNO dan mungkin orang yang diupah.
Tiada siapa yang
tahu.
Namun, memandangkan ia kawasan Nurul
Izzah, maka Nurul Izzah lah “tuan rumah”nya. Ummi dan penyokong UMNO
pada saya hanyalah “tetamu”. Selalunya, “tuan rumah” lebih faham dan
tahu tentang situasi atau selok belok kawasan yang diwakilinya, kan?
Misalnya, saya berkunjung ke rumah musuh
saya.
Kemudian, oleh kerana bencikan saya, musuh saya dalam diam
menyuruh anaknya membaling mainannya ke arah saya dan dia sendiri,
dengan niat mahu membuat saya tidak selesa dan mahu sa
Pada saya, tidak mustahil juga puak-puak
PKR sendiri yang mengupah mana-mana pihak untuk bertindak samseng
membaling telur dan batu ke arah pendengar ceramah Ummi dan Anwar.
Mungkin!
Mungkin juga, penyokong PKR sengaja
mengupah orang-orangnya membaling telur dan batu ke arah pendengar
ceramah Anwar sendiri dan kemudiaannya menuduh Pemuda UMNO yang kononnya
samseng dan bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Siapa tahu, kan?
Jadi, pada saya, “tuan rumah”lah yang
sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku di dalam kawasan
“jajahan”nya dan bukan “tetamu”. Apalah sangat yang “tetamu” tahu
tentang “rumah orang”…kan?
No comments:
Post a Comment