Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik
Mat mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakarian untuk menjadi
orang tengah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Nik Aziz berkata begitu ekoran
kesanggupan Mufti Perak itu untuk menjadi orang tengah di dalam
muzakarah di antara UMNO dan PAS untuk menyatukan umat Islam di negara
ini.
Menurut Nik Aziz, tiada sesiapa yang mahu
terima Tan Sri Harussani sebagai orang tengah untuk muzakarah tersebut
kerana Mufti Perak itu dikatakan menghentam PAS sebelum ini dan ia
dikatakan amat menyakitkan hati Mursyidul Am itu.
Menjawab persoalan Tan Sri Harussani yang
mempersoalkan sikap PAS yang kemarukkan kerusi pada pilihanraya, Nik
Aziz menegaskan bahawa dia memerlukan “kerusi” untuk berdakwah.
Sedap betul Nik Aziz bercakap. Tapi, dia
tidak sedar bahawa apa yang dikatakannya itu benar-benar menunjukkan
bahawa dirinya penuh dengan sikap ujub, takbur, tidak boleh ditegur,
prejudis, buruk sangka dan banyak lagi sifat mazmumah yang dizahirkan.
Apa perlunya Harussani menjadi orang
tengah debat di antara Najib dan Anwar? Tiada sebarang petanda pun
majlis debat itu akan berlangsung. Nik Aziz bermimpi atau “syok
sendiri”?
Lagipun, Najib dan Anwar merupaka orang
politik. Harussani pula bukan orang politik. Beliau adalah seorang ulama
dan tidak sesuai untuk mendengar atau menjadi orang tengah kepada
pertelagahan dua ahli politik. Lainlah jika ia adalah bicara agama…
Tan Sri Harussani adalah individu paling
layak untuk menjadi orang tengah pada muzakarah UMNO – PAS kerana beliau
adalah seorang ulama yang adil dan tidak berat sebelah. UMNO beliau
tegur, PAS pun beliau tegur. Siapa yang salah, beliau tegur dan siapa
yang benar, beliau sokong.
Muzakarah yang Harussani cadangkan itu
ialah demi perpaduan ummah dan bukan untuk politik. Di dalam Islam,
perpaduan umat Islam adalah amat penting, malah lebih penting dari
politik.
Contohnya, ketika perang Sifin, perang
saudara di antara umat Islam yang bertelagah kerana politik di antara
penyokong Muawwiyah RA dan Aisyah RA, demi perpaduan umat Islam, seorang
sahabat telah mengangkat Al-Quran di tengah medan perang untuk
menghentikan pepecahan itu.
Seterusnya, muzakarah di antara penyokong
Aisyah RA dan Muawwiyah RA berlangsung dan ia berjaya menyatupadukan
umat Islam yang bertelagah ketika itu.
Jadi, tidakkah Nik Aziz fikir bahawa
muzakarah di antara UMNO dan PAS di negara ini mampu menyelesaikan
masalah pepecahan ummah yang juga disebabkan oleh perbezaan fahaman
politik sahaja?
Besar sangatkah politik dan “kerusi” di pandangan Nik Aziz sehingga menolak perpaduan umat Islam di negara ini?
Perlu diingatkan pada Nik Aziz bahawa dia
sudah mempunyai “kerusi” di Kelantan sejak lebih 22 tahun yang lalu.
Malah dia memiliki “kerusi” yang paling “empuk” dan “tinggi” di dalam
negeri Serambi Mekah itu.
Namun, apa yang dia buat setelah mendapat “kerusi” di negeri itu? Majukah Kelantan di bawah “kerusi” yang Nik Aziz miliki?
Apakah dengan “kerusi” itu, Nik Aziz
berjaya mentarbiyah, mendidik akhlak, berdakwah mengimarahkan agama
Allah dan mengIslamkan sami-sami Buddha di Kelantan?
Tak payah jauh, baru-baru ini heboh di
laman Youtube mengenai sepasang remaja Kelantan yang ditangkap pengawal
keselamatan di dalam tandas di mana si budak perempuannya dalam keadaan
tidak berseluar dan kekasihnya merayu agar mereka dilepaskan.
Begitukah dakwah Nik Aziz dengan
“kerusi”nya? Apa yang Nik Aziz dakwahkan dengan “kerusi”nya itu? Nik
Aziz berdakwah atau berdakyah? Kalau benar Nik Aziz berdakwah, tidak
akan wujud aktiviti pelacuran yang begitu aktif tidak jauh dari
pejabatnya di Kota Bharu!
Inilah jadinya bila seorang ustaz biasa
“perasan bagus”, seolah-olah dia seorang ulama dunia terbilang. Bila
ditegur ulama muktabar, dimarahnya kembali ulama tersebut. Sikap manusia
jenis apakah ini?
Sudahlah Nik Aziz. Umur makin lanjut dan
kesihatan semakin uzur. Berubahlah segera sebelum ajal menjemput. Sampai
bila mahu hidup bertongkat langit? Bila dimasukkan ke liang lahad
nanti, tahulah malaikat mengajar orang yang memecah belahkan umat Islam
di Malaysia…
Sumdrer : Mykmu.net
Nik Aziz orang politik.Jadi dia tiada hak untuk mengeluarkan fatwa sesukahati.Dia mencampur- adukkan politik dengan agama menyebabkan orang Melayu naik keliru dan sekali gus memecah-belahkan umat
ReplyDeletepok nik ni bukan ulamak...mana ada ulamak memecahbelahkan umat...ni setan bertopeng manusia namanya..
ReplyDelete