Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan
kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara
pagi ini.
Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).
Presiden
PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan
bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba
merosakkan nama negara'.
10 Mei lalu, satu protes burger anjuran
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut
diadakan di hadapan rumah Ambiga.
Justeru, acara senaman PVTM
pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama
BERSIH itu dalam masa sebulan.
"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.
Pada
1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab
Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi
menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.
sumber Malaysiakini
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
3 days ago
Tahniah teruskan perjuangan, kita kena bagi tahu depa kita juga ada reasa hati dan maruah.
ReplyDeleteAku pun persara tentera juga tapi...buat kerja macam tuu.....bodoh tak ada otak jgn lah jadi macam kerbau dicucuk hidung jee.
ReplyDeleteHooii... aku pun persara tentera juga, bagi aku kerja bodoh dan banggang buat macam tu memalukan orang Islam dan vateran ajee...
ReplyDelete