Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama
atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang
Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan
rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila
terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.
Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan
keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan
untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk
akal dan merapu.
Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak
menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.
Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan
undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan
keadilan.
Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’,
tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik
pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.
Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah
‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak
pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia
yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan
suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.
Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?
Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak
wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel
melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.
Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku
ialah Anwar lepas bebas. Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa
termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk
mengambil tempatnya.
Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi
pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan
perbicaraan.
Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab
iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam
kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes
BERSIH 3.0.
Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi
yang boleh mengejutkan kita. Begitulah juga dengan perkembangan terbaru
ini.
Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan
bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh
juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.
Jika dulu
Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat
dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang
berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang
suka-sama-suka adalah tidak salah.
Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada.
Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya
amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal
mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.
Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk
membela Anwar. Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan
dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.
Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya
etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada
apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal
undang-undang di Malaysia.
Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah
mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang
lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang!
Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.
Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar
terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak
sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba
menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai
cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.
Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.
\Beruang Biru
No comments:
Post a Comment