Satu per satu kesalahan isteri Jimmy Shanley
terbongkar di mahkamah & terbaru pengacara ini memberikan keterangan
tentang pengakuan Nursuhaila Eliani Suhaimy yang agak mengejutkan kami
selepas membaca’nya.
Menurut Jimmy Shanley yang memberi keterangan hari ini di Mahkamah
Rendah Syariah Shah Alam, isterinya itu mengaku mengandung anak luar
nikah dan bersedia untuk gugurkan kandungan tersebut jika benar anak
yang di’kandung itu merupakan benih Jimmy Shanley.
Laporan Sinar Harian
juga menyebut yang Nursuhaila Eliani membuat kenyataan sebegitu pada 24
Januari 2011 selepas Jimmy Shanley menegur wanita itu yang masih
berjudi.
Isteri Jimmy Shanley memberikan kenyataan melalui SMS yang berbunyi
“Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah
anak you tu kalau I mengandung.”
Jimmy Shanley mendakwa beliau membalas SMS tersebut dengan
bertanyakan anak siapakah yang isteri beliau kandungkan kalau bukan anak
beliau dan Nursuhaila Eliani menjawab “Anak haram.
Mampus pi lah anak
siapapun. Ada aku kisah”, pengacara ini membaca SMS yang di’terima.
Jimmy Shanley dalam prosiding mahkamah hari ini turut menyebut 5
sebab kenapa beliau mendakwa isteri’nya nusyuz – berjudi semula;
menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya;
mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu
menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.
No comments:
Post a Comment