Satu demi satu perkara yang terjadi di dalam rumah tangga Jimmy
Shanley dan isterinya, Nursuhaila terbongkar di Mahkamah Rendah Syariah
Shah Alam. Semalam, Jimmy memberitahu mahkamah yang Nursuhaila pernah
ditampar oleh ibunya sendiri kerana tidak tahan dengan sikap dan
perangai anaknya itu.
Selepas kejadian menampar tersebut, ibu mertua Jimmy Shanley
menghubungi Jimmy kerana telah lari dari rumah dan ingin tumpang tidur.
Dan pada 4 Oktober 2011, Jimmy telah bertemu dengan Suhaila selepas ibu
mertuanya memaklumkan yang Suhaila ingin bertemu dengannya. Kata Jimmy:-
Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah. Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan.
Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.
Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah
bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia
bertunang dengan Nursuhaila.
Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil
dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang
dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan
tinggalkan I’.
“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.
Prosiding akan bersambung pada 19 Julai nanti. Makin lama makin
complicated Abang Nara tengok kes ini. Semoga segalanya dipermudahkan.
Kredit info Harian Metro.
Rasanya anak perempuan ni kena kahwin paksa, pilihan mak.
ReplyDeletehahahahahaha propa betul la pompuan ni..dah la ko rampas jimmy masa tu tunang org..lps tu ko buat dia mcm tunggul je..dasar pompuan jahat!
ReplyDelete