Bersih 3.0 memang sarat dengan propaganda yang diatur
semata-mata untuk mencerminkan ia satu gerakan yang kononnya sangat
berjaya dan bukan sahaja diberikan perhatian oleh rakyat Malaysia di
negara ini tetapi juga yang berada di luar negara.
Seperti yang kita semua tahu, propaganda sebenarnya adalah satu
bentuk penipuan yang digunakan untuk mencerminkan sesuatu keadaan yang
tidak wujud semata-mata bagi memenangi sesuatu perang atau kempen
keganasan (Bersih 3.0 sebagai contohnya).
Sebab itulah wujudnya gambar-gambar penipuan untuk mencerminkan
betapa setiap inci Kuala Lumpur dipenuhi peserta demostrasi Bersih dan
macam-macam lagi.
Salah satu yang paling terkenal ialah gambar pelancaran Bersih 3.0
yang dilakukan di Perkarangan Masjid Nawabi di Madinah pada 26 April
lalu.
Menurut sumber dari Arab Saudi kepada Mynewshub, apa yang berlaku di
Madinah dalam kes Bersih 3.0 itu adalah nyata sekali contoh propaganda
tahap terhebat.
Memang benar ada rakyat Malaysia yang menyarung baju Bersih 3.0 dan bergambar, namun setakat itu sahaja.
Ia dibuat di satu penjuru yang agak tersembunyi, dan tempoh masa untuk menukar baju sampai bergambar kurang 10 minit.
Mereka datang, pakai baju, bergambar, lepak sebentar dan bersurai.
Ia dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS, Mokhtar Senik.
“Para aktivis yang berkumpul tidak dapat mengadakan
perbincangan yang lama hanya memakai baju BERSIH yang sedia ada di bawah
jubah mereka dan seterusnya memegang kain rentang BERSIH 3.0 serta
mengambil gambar.
“Mereka melakukan aktiviti bergambar dengan kain rentang tidak sampai 10 minit dan seterusnya bersurai,” kata sumber itu.
Langsung tidak ada apa-apa tindakan yang mencerminkan kempen Bersih
3.0 dilangsungkan di Madinah, cuma sesi bergambar singkat semata-mata di
satu penjuru kecil.
Habis sahaja bergambar, semua peserta terbabit secara tergesa-gesa membuka baju yang dipakai.
Namun, selepas itu, gambar berkenaan disebarkan secara begitu meluas
di media sosial seperti Facebook dengan baris-baris ayat yang membakar
semangat semata-mata mewujudkan persepsi bahawa betapa rakyat Malaysia
kononnya sudah muak dengan kerajaan yang ada.
Sedangkan hakikatnya, mereka bukan sahaja dalam aspek tertentu telah
memesong dan menipu, mereka juga tidak mencerminkan rakyat Malaysia,
tetapi mereka semua hanyalah penyokong pembangkang semata-mata.
Mungkin inilah yang terjadi bila satu perjuangan kononnya
hendak dimulakan di kota suci Islam, tetapi nun jauh beribu batu, ia
dipimpin oleh seorang Hindu.
adakah tuan yg menulis article ni turut berada disana atau tuan yg sbenarnya melakukn pembohongan???
ReplyDeleteapakah anon May 2, 2012 08:51 AM dapat membukti berlakunya perhimpunan di madinah lagi2 di dalam masjid, apakah tuan rasa undang2 madinah membenarkan sebarang protes perhimpunan di adakan di dalam masjid, TOLONG PAKAI AKAL BUKAN HATI YANG BUTA...
ReplyDeleteKepada yg bagi komen tu. Apa salah dia nak buat pembohongan sebab ini tugas dia sebagai cybertrooper. Saya sokong tugas dia.
ReplyDeletetry la suruh depa buat lagi..arab saudi kalau menentang kerajaan memang ko kena pancung...
ReplyDelete