PENDEDAHAN
UMNO Selangor bahawa Pakatan Rakyat menggunakan khidmat nasihat firma
perunding yahudi, National Democratic Institute (NDI) untuk merancang
strategi sesuai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),
dijangka menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya akan datang.
Buku bertajuk ‘1001 cara untuk menjatuhkan kerajaan’
yang disediakan NDI ini mengamalkan beberapa pendekatan yang sekarang
menjadi SOP dalam aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat.
Antara pendekatan yang diunjurkan dalam buku panduan NDI ini ialah
penggunaan warna-warna tertentu dalam demonstrasi/aktiviti tertentu bagi
menarik perhatian rakyat. Sebab itu demonstrasi PKR sekarang amat
berbeza dengan demonstrasi jalanan sekitar hujung 90-an dahulu bila
warna-warna tertentu digunakan mengikut tema mengapa demonstrasi itu
diadakan,
Sebagai contoh Bersih (kuning), Himpunan Hijau
(Hijau) dan Hindraf (oren). Manakala bagi Seksualiti Merdeka, 4 warna
asas yang melambangkan pergerakan LGBT digunakan, masih lagi berkisar
tentang warna walaupun tidak ada demonstrasi.
Rakyat pastinya akan menolak tindakan Pakatan Rakyat
menggunakan khidmat firma yahudi ini seperti dilihat dalam soal
kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ditohmahkan
pembangkang sebagai sebuah firma milik Israel sedangkan hakikatnya ia
adalah sebuah firma Amerika Syarikat.
Tapi yang penting, jelas kelihatannya pada waktu
itu, penyokong Pakatan Rakyat dan sebahagian rakyat Malaysia sangat anti
dengan apa-apa yang ada hubung kait dengan yahudi, tanpa mereka sedar
bahawa Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang menggunakan khidmat perunding
yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.
Sudah menjadi resam, bila yahudi terlibat
dimana-mana untuk menjatuhkan kerajaan, maka hasilnya sudah tentu tidak
lain dan tidak bukan, menggadai negara ini kepada kuasa asing yang
senantiasa menanti masa yang sesuai untuk mengurangkan negara Islam
dalam dunia – seterusnya mengurangkan ancaman kepada kewujudan Israel.
Fakta mengenai penggunaan firma NDI yang dikuasai
yahudi ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana telah diakui
sendiri oleh bekas pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri
Zahrain dan Datuk Zulkifli Nordin. Bukti juga ada ditangan mereka, cuma
menunggu masa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim
membuat penafian sebelum boleh didedahkan.
Pada waktu ini juga rakyat sudah seharusnya mampu
melihat bahawa penonjolan Buku Jingga sebagai kitab rasmi untuk rujukan
rakyat adalah satu divertion daripada kitab sebenar yang digunakan
mereka iaitu yang disediakan oleh NDI. Penulis yakin, sebagai firma
antarabangsa yang sudah lama terlibat dalam kegiatan seumpama ini, NDI
turut menyediakan panduan bagaimana untuk menerajui kerajaan selepas
kejatuhan kerajaan yang terdahulu, dan yakinlah, panduan ini akan selari
dengan agenda besar yahudi di peringkat antarabangsa.
Kita seru dan gesa lebih ramai bekas pemimpin PKR
tampil kehadapan dan membuat pendedahan yang sama untuk rakyat nilaikan
siapa dia sebenarnya PR ini dan apa agenda busuk di belakang mereka.
Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan kepetahan
Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara ini menggunakan bahasa yang
mengelirukan, tapi percayalah, taktik itu sudah sangat senang dibaca
sekarang, seperti dibuktikan dalam perbahasan di Parlimen antara Anwar
dan Khairy Jamaludin pada Selasa lepas.
Ini bahayanya bila strategi terdedah, pihak lawan dah tahu macam mana nak lawan semula.
No comments:
Post a Comment