Thursday, March 29, 2012

Anwar Naik Angin bila wartawan AD suruh segerakan nicara saman Nalakarupan ?

anwar-shamsidarxx
 Tentu ramai pelik bab Datuk Seri Anwar Ibrahim saman Senator Datuk S Nallakarupan kerana dakwa beliau seorang biseksual.Memang betul bekas rakan tenisnya itu mencabarnya agar saman.Cuma peliknya di sini bukankah Datuk Sharzly Eskay Abdullah  @ Datuk T  yang dedah video seks 99.9 peratus tulen juga sudah lama cabarnya agar saman tetapi saman tak muncul-muncul.

Jangan kata wartawan tetapi budak bodoh mana pun akan bengong memikirkannya.

Lagi satu soal timing.

Apakah Anwar semata-mata nak sahut cabaran rakan tenisnya itu sebab nak 'coverline' menjelang hampirnya pilihanraya.

Jawabnya sendiri fikir.Namun dakwa Nalla itulah nawaitunya.

Umum tahu sesuatu kes itu pastinya bukan dapat selesai dalam masa singkat macam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Sedangkan Nalla sudah membuat dakwaan mengenai skandal Anwar sejak tahun 2007 bila beliau keluar PKR.

Soalnya kenapa sekarang? Juga kenapa Nalla sahaja dan Eskay yang tampil lengkap dengan video...tidak.

Eskay sudah membuat pendedahan yang sensasi itu pada 21 Mac 2011.

Logik akal akan berkata kalau Anwar mahu buktikan beliau bukan seperti didakwa Nalla elok sangat beliau minta kes itu segera dibicarakan.

Cepat bicara dan dapat dibuktikan dakwaan Nallakarupan tidak benar, imej Anwar akan bersih dan ini menguntungkan masa depan politiknya yang bercita-cita jadi Perdana Menteri.

Namun seperti yang diduga Ketua Umum PKR itu 'angin satu badan' bila ditanya wartawan Agendadaily sama ada beliau mahu mohon kes itu disegerakan.

Ini jawapan Anwar dalam sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabatnya di bangunan Parlimen, petang Rabu:

“Ini urusan mahkamah. You tau pandangan UMNO yang you wakili untuk aibkan orang. Guna orang untuk aibkan saya. Saya kena bersihkan (saman Nallakarupan). You nak suruh saya buat apa lagi.
“Datuk Seri kena minta cepatkanlah, biar bukti tak salah,” ujar wartawan Agendadaily bila mendengar beliau kata begitu.

Jawab Anwar pula, “Macam mana nak saya percepatkan. Mahkamahlah putuskan. Kalau you boleh arah, you arahlah,”.

Keadaan ketika ini nampak agak tegang dan semua wartawan yang ada juga diam melihat pertembungan Anwar dengan wartawan Agendadaily yang kerap jadi sasaran tohmahannya kononnya suara UMNO.

Jelas jawapan umum Anwar begitu tidak disenangi kalangan wartawan di situ.
Kata orang kalau berani sangat mintalah kes dipercepatkan.Itu saja. Straight to the point.

Bagi kalangan wartawan gelagatnya sudah tidak menghairankan melihat beliau boleh 'buat bodoh' selamba saja pada kes dakwaan video seks yang masih hangat diperbualkan.

Lim Kit Siang, Datuk Husam Musa, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Fuziah Salleh yang ada dalam sidang akhbar itu juga diam melihat Anwar seolah-olah mahu bertikam lidah dengan Agendadaily.

Ada wartawan yang kedengaran berbisik biarlah sama-sama tengok sepandai mana tupai ini melompat.

Setidak-tidaknya dari insiden itu rakyat akan tahu, orang yang mengidam nak jadi Perdana Menteri tidak berani jawab isu yang kena batang hidungnya sendiri.

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Anwar yang sebelum ini tidak banyak sentuh isu pasal murtad di Selangor, kali ini nampak 'terpanggil' untuk hentam Datuk Dr Hasan Ali yang dedahkan usaha memurtadkan orang Islam di negeri tersebut.

Hendak tunjuk beliau pemimpin yang kononnya adil, Anwar berkata, kalau ada mana-mana  paderi  menghasut dan langgar peraturan (cuba memurtadkan orang Islam),ada peraturan dan undang-undang yang boleh diambil tanpa beliau pertikai.

“Jadi masalah bila dibangkit bekas pimpinan PAS Selangor (Dr Hasan) yang kata ada langkah besar-besaran Kristiankan orang Melayu. Ini propaganda UMNO untuk perkukuh UMNO dan takutkan orang Melayu seolah-olah ada gerakan Kristian besar-besaran.

Sedangkan semua orang tahu Dr Hasan sudah membuat dakwaan ini sejak beliau masih Exco 

Kerajaan Negeri Selangor lagi.Dakwaan Dr Hasan waktu itu telah mencetuskan rasa kurang senang dikalangan pimpinan PKR,PAS dan DAP yang dikatakan bimbang kehilangan undi bukan Melayu.

Nampaknya UMNO kena tuduh lagi. Semua mesti dikaitkan dengan UMNO.Pembangkang tanpa menuduh UMNO, tidak sempurnalah perjuangan mereka.

Namun ada tafsiran lain bila Anwar tiba-tiba menghentam Dr Hasan.
Ibarat pepatah, cukit paha kiri, paha kanan sakit juga.

Bukankah bekas Exco Selangor itu ada tanya lima soalan pada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali termasuk soal dakwaan Anwar ada hubungan intim dengan isterinya,Shamsidar Tharin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts