Wednesday, March 28, 2012

Kamalia akhirnya letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita?

Pergerakan Wanita Umno berikrar memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sharizat sememangnya ada kekuatan nya sendiri, ini adalah kerana Kak Jat sebenarnya tidak bersalah dalam isu NFC dan bagi keluarga beliau biarlah  undang undang yang menentukan kerana kita punya undang undang. Sikap kat Jat melepaskan kerusi dalam kabinet PM  amat terpuji dan sememangnya menjadi satu tamparan kepada pemimpin pembangkang yang tidak ada keberanian untuk melakukannya.

 Namun yang menghairankan apabila timbalan beliau , Kamilia Ibrahim tiba tiba mendapat wahyu dari akar umbi dan  menunjukan wajah gelojohnya dan betapa tidak sabarnya beliau untuk memangku jawatan ketua Wanita UMNO Malaysia apabila mendesak Kak Jat supaya meletak jawatan dan sekaligus membuktikan bahawa beliau bukan seorang Naib Ketua yang baik yang sepatutnya tidak mengocak penyatuan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Namun keesokan harinya , Kamilia mungkin terperanjat apabila  lautan dan gelombang Merah yang membanjiri PWTC memberikan sokongan penuh kepada kak Jat  dan sekali gus menafikan  dan membuktikan  bahawa apa yang disarankan oleh Kamilia adalah dusta belaka.Sememangnya ini adalah satu petanda yang tidak baik dalam kerjaya politik Kamalia selepas ini. Sebaik baiknya Kamalia  perlu memikirkan pula  untuk mengosongkan kerusi timbalan dalam  kadar segera sebaiknya  sekarang bimbang  ada keraguan dan hilang kepercayaan anatara ketua dan  timbalan. 

Amat sukar untuk bekerja tanpa kepercayaan. Apa juga keputusan Kamlia , boleh lah diibratkan sebagai beliau kini telah meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua wanita dan kehadiran beliau bagaikan melukut di tepi gantang saja, Ini satu tauladan dan pengajaran kepada pemimpin UMNO , terutama timbalan, Jadilah timbalan yang baik.Seperti mana  DS Najib menjadi Timbalan Pak Lah dan bukan seperti Anwar menjadi timbalan Tun M.

::andaian dan hanya pendangan peribadi penulis saja:::jika setuju atau tidak  sila like  page ini klik sini.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts