Terlihat gambar ini www.melanaublogger.com
Siang tadi ada juga beberapa rakan yang bercakap tentang gambar ini.
Katanya gambar ini disebarkan untuk menunjukkan Rosmah berada sebaris
dengan Agung dan Permaisuri. Manakala Najib terpaksa berada di belakang
Agung dan Rosmah. Tujuannya nak tunjukkan bahawa Rosmah lebih hebat dari
PM.
Terus terang saya katakan, saya tidak mahir dalam soal untuk mengesan
kesahihan sesuatu gambar. Saya ingin meminta bantuan rakan-rakan pembaca
yang tahu atau mahir dalam soal berkenaan. Mohon anda beri pendapat
berhubung gambar berkenaan, samada itu gambar benar atau gambar tipu.
Jika ikutkan sekilas dua kilas pemerhatian mata saya , saya dapat rasakan gambar itu adalah gambar tipu.
1) Kewujudan lelaki misteri sedang berjalan belakang Rosmah. Anak panah
bawah menunjukkan kakinya dan anak panah atas menunjukkan kepalanya.
2) Bahagian tangan Agung dan Rosmah menunjukkan seolah-olah ianya dipotong dan ditampal.
3) Di belakang Agung atau disebelah kiri PM kelihatan terdapat seorang
lelaki sedang menyembunyikan wajahnya. Nak bergambar dengan Agung dan PM
pun ada juga ke orang yang nak main nyorok-nyorok ? Atau mungkinkah itu
Anwar Ibrahim ?
Saya pelik dengan kaki seorang lelaki yang sedang berjalan dibelakang
Rosmah dan orang yang berjalan itu akan melintasi depan Najib
, seterusnya dadanya akan melanggar bahu Agung.
Cuba
anda fikirkan samada logik atau tidak, ketika Agung dan PM sedang
bergambar boleh ada orang lain yang nak melintas depan PM dan Agung ?
Mohon pendapat rakan-rakan yang mahir. Jika saya salah tolong betulkan saya. LIHAT SINI
No comments:
Post a Comment