Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa beliau sudah dapat tutup mulut
Senator Datuk S Nallakarupan yang dakwanya biseksual dengan menghantar
notis 48 jam tuntutan RM100juta Khamis lalu…nampaknya beliau silap besar
.Pagi
Sabtu bekas rakan tenis Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri
dulu,tampil adakan sidang akhbar bersama rakan-rakannya Senator Ezam
Mohd Nor,Ummi Hafilda dan Anuar Shaari.
Pada sidang akhbar di
Kuala Lumpur yang dihadiri ramai wartawan dan jurugambar itu Nalla
menegaskan beliau TAK AKAN LAYAN notis tuntutan itu dan kini
tertunggu-tunggu surat saman segera dari Anwar agar mereka dapat
bersemuka di mahkamah.
Serentak dengan itu beliau mendakwa notis
tuntutan itu hanya gempak ‘cover line’ Anwar untuk tunjuk kepada rakyat
beliau sudah ambil proses undang-undang terhadap dakwaan itu semata-mata
kerana pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.
Katanya Anwar pernah
menghantar satu notis seumpama itu pada satu dakwaannya yang lain tidak
lama dulu tetapi beliau tidak ambil langkah followup untuk samannya.
Isnin
lalu,dalam sidang akhbar Nalla secara terbuka dakwa Anwar biseksual dan
mahu beliau menyamannya jika itu fitnah.Esoknya, Naib Presiden PKR yang
juga seorang peguam, N Surendran buat kenyataan kata Anwar akan hantar
notis tuntutan RM100 juta kepada Nalla.
Turut kena notis
berkenaan ialah akhbar Utusam Malaysia yang menyiarkan dakwaan
Nalla.Nalla kata beliau terima notis 48 jam itu Khamis.
Ezam pula
memberitahu selain notis yang tidak ada followup pada Nalla tidak lama
dulu …perkara sama juga berlaku pada notis Anwar pada Dr Chandra
Muzaffar.Bekas Setiausaha politik Anwar itu yang turut dakwa Anwar
biseksual kata bekas bosnnya itu hingga ke hari ini tidak ambil langkah
membatalkan perkara dalam keputusan bertulis tiga hakim ke liwat pertama
dulu yang kata kejadian liwat berlaku.
Katanya jika tidak betul
dakwaan itu,Anwar sepatutnya sudah mengarahkan peguamnya meminta
mahkamah membatalkan perkara itu dalam keputusan bertulis berkenaan.
Ummi
Hafilda yang menyifatkan sidang akhbar bersama mereka itu sebagai tanda
bermulanya ‘ perang nuklear’ terhadap Anwar...secara terbuka mendakwa
beliau mempunyai bukti gambar yang diambilnya sendiri menunjukkan Anwar
masuk ke Tivoli Villa bersama isteri Azmin Ali yakni Shamsidar Taharin.
Dakwannya
Anwar yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri pergi ke situ menaiki
kereta Nalla.Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada sidang akhbar itu juga
secara bersama berikrar untuk terus berperang membuat pendedahan
selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar
Anwar. - Agendaily.
Tanda sokongan sila like di sini
Tanda sokongan sila like di sini
tired of everyone one of you-all of u r ruining up our religion and make people laugh to all muslims in MALAYSIA-STOP IT AND PRAY TO GOD INSTEAD OF DOING THIS-WHAT A SHAME-
ReplyDeleteWe muslim dont want him to be our leader.
ReplyDelete