Tuesday, March 6, 2012

PANAS :: Tun M dedahkan siapa yang dibayar Amerika untuk guling kerajaan Malaysia

Tun M dedahkan  NGO NGO yang sokong Anwar  di bayar Amerika untuk gulingkan kerajaan Malaysia

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.

Menurut Dr Mahathir, tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.

"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.

NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika," katanya merujuk kepada penangkapan 10 rakyat AS di Mesir yang dipercayai ahli daripada beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir.

Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah “memperolehi dana daripada AS”.

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat).

Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat," katanya di dalam blog "Chedet" miliknya hari ini.

Jelas Dr Mahathir lagi, apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu," katanya lagi.

Tambah beliau, rakyat seharusnya bertindak bijak dengan menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara haram.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?" soalnya dan menambah terpulng kepada rakyat untuk membuat pilihan.

"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan," katanya dalam entri terbaru blognya yang bertajuk "Peperangan Mesir Melawan NGO".

1 comment:

  1. Mana ada?Tu hanyalah pitnah.Homo cun dan sayangku tak suka bontot.

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts