SHAH ALAM
16 MAC : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berkongsi
pentas dengan blogger Raja Petra Kamaruddin dalam satu forum anjuran
Wikileaks untuk membincangkan senario politik global. Berikuatan
permintaan dari Anwar, Raja Petra, atau lebih dikenali sebagai RPK telah
diketepikan dari menyertai forum berkenaan. Forum itu dijadual akan
diadakan Sabtu ini di Kent, England dan perbincangan di forum itu pada
asalnya dirancangkan disertai oleh RPK, Anwar dan pengasas Wikileaks,
Julian Assange.
Anwar dirancangkan menyertai forum itu melalui perhubungan komunikasi
menggunakan Skype dan perbincangan berkenaan akan dirakamkan bagi satu
dokumentari untuk Wikileaks, bagaimanapun selepas keengganan Anwar
meyertainya jika RPK turut diundang sama menyaksikan foum berkenaan
hanya disertai oleh beliau dan Assange.
Dalam pada itu, RPK dilaporkan sebagai berkata kepada sebuah akhbar
portal, Free Malaysia Today (FMT)," Saya mendapat panggilan dari
Wikileaks bahawa Anwar tidak bersetuju saya menyertai forum itu." Beliau
seterusnya membidas Anwar kerana mendakwa beliau (Anwar) gentar
berhadapan dengannya di perbincangan berkenaan yang juga merangkumi
keadaan semasa arena politik di Malaysia.
“Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika dia terlalu takut untuk
berhadapan dengan saya ? Dia sepatutnya mencuba dulu dengan saya
sebelum berhadapan dengan Najib," persoalnya lagi. "Juga ia menunjukkan
Anwar tidak menghormati dan menerima kebebasan media dan bantahan atau
perbezaan pendapat," katanya lagi. "Dia (Anwar) hanya berurusan dengan
mereka yang menyokongnya dan bersetuju dengannya.
Jika inilah Anwar sebagai pemimpin pembangkang, saya menggigil
memikirkan bagaimana rupanya jika dia menjadi PM (Perdana Menteri),"
beliau dipetik berkata kepada media portal berkenaan. RPK, mendedahkan
portalnya Malaysia Today telah mengadakan persetujuan dengan Wikileaks
bagi membolehkan blognya menyiarkan semua pendedahan berkaitan Malaysia.
Kontrak berhubung persetujuan berkaitan telah ditandatangani beberapa
minggu lalu. Sebelum ini, RPK merupakan penyokong kuat Anwar bermula
sejak zaman awal Reformasi, bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu
beliau telah mengkritik Anwar secara terbuka kerana mendakwa Anwar tidak
memiliki visi untuk Partinya, Part Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan
Rakyat.
No comments:
Post a Comment