Blog The Uspinners memberi bukti-bukti bergambar yang menunjukkan PKR
mendapat bantuan kepakaran asing dalam persediaan menghadapi pilihanraya
umum (PRU)
Bukti-bukti bergambar itu menunjukkan tokoh-tokoh PKR
sedang dilatih oleh sebuah yayasan Kristian yang berpengkalan di
Jerman, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF)
Salah satu bukti
gambar adalah program “Strategic Training For Success Workshop” anjuran
anjuran Biro Latihan PKR Pusat pada 19-20 Jun 2009.
“Di
dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang
Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di
Kuantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.
“Wanita
sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan di
kirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.“Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul
adalah program manager FNF di Malaysia.
Dia banyak melibatkan
diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan
memberi tunjuk ajar kepada ahli politik muda”, lapor the Unspinners
dalam artikel bertajuk “Ada gambar … apa lagi Azmin nak nafi".
Selain
Fauziah Salleh, turut kelihatan dalam gambar itu adalah Johari Abdul,
Sivarasa Rasiah dan Fariz Musa, bekas Timbalan Ketua AMK Pusat dan Ketua
AMK Terengganu yang kini bergiat cergas dalam NGO Jingga 13.Turut
kelihatan dalam gambar itu adalah ‘seorang lelaki asing’ yang berada di
barisan hadapan bersama-sama aktivis PKR.
Namanya adalah Manfred
Ritcher yang merupakan Bendahari kepada jawatankuasa pengarah FNF,
Potsdam, Jerman.Turut diberikan bukti, adalah gambar yang menunjukkan
Manfred Ritcher sedang bercakap sambil ditemani oleh Fauziah Salleh yang
ketika itu merupakan Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat.
Menurut
laman fnfasia.org, Manfred Richter selain terlibat aktif dalam FNF,
beliau juga merupakan bekas ahli parlimen dan setiausaha Parti Free
Demokrat di Jerman.
Laman itu melaporkan Manfred Richter terlibat
aktif melatih kader-kader di negara-negara sasaran, termasuk Malaysia,
Thailand dan Korea.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih
daripada 200 rakyat Malaysia telah menghadiri seminar di Akademi FNF
Antarabangsa bagi Kepimpinan (IAF) di Gummersbach, Jerman.
“Hari
ini, rangkaian perkhidmatan yang luas IAF Alumni – FAN (FNF Alumni
Network) Malaysia – adalah platform Liberal dan forum yang bertenaga
untuk perbincangan politik”, lapor laman fnf.org.
Menurut laman
itu, di Malaysia, FNF bekerjasama dengan portal Malaysiakini untuk
menjayakan prinsip kebebasan bersuara dalam mencapai matlamat kebebasan
masyarakat sivil.
Selain itu, FNF turut mengakui rakan kongsinya
di Malaysia adalah NGO SIS (Sisters in Islam), IDEAS (Institute for
Democracy and Economic Affairs) dan ERA Consumer. seterusnya
SAAT AKHIR SEBELUM TINGGALKAN JAWATAN, JOE BIDEN UMUM GENCATAN SENJATA
HAMAS - ISRAEL
-
1. Berbaki beberapa hari sebelum Trump mengambil alih jawatan sebagai
Presiden Amerika Syarikat ke 47, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa
pentadbira...
1 day ago
No comments:
Post a Comment