Friday, March 2, 2012

Bekas Menteri Curi Duit dan jadi kaya raya kena lah juga siasat SPRM , jangan tutup File !!!

Majlis Tertinggi Umno Akan Tentukan Kedudukan Ahli Parlimen Sabak Bernam

Post Pic
SHAH ALAM, 2 MAC : Majlis Tertinggi Umno akan menentukan kedudukan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dalam parti itu setelah beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status Abdul Rahman yang merupakan Ketua Umno Sabak Bernam itu. 

"Legal standing pemimpin Umno adalah mengikut Majlis Tertinggi bukan bahagian ataupun badan perhubungan negeri," katanya. 

Mohd Zin berkata, kedudukan Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen juga akan ditentukan selepas proses undang-undang selesai.

Mahkamah Sesyen Rabu lalu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu tadbirnya, Rosli Busro bagi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu yang disabitkan terhadap mereka.

Mereka juga didenda RM400,000 setiap seorang oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh  yang mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalankan hukuman itu serentak bermula 29 Febuari.

Azhaniz turut mengarahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara selama setahun bagi setiap hukuman denda sekiranya gagal membayar jumlah denda berkenaan.
Selasa lalu, hakim mensabitkan Abdul Rahman atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu.

Rosli disabit kesalahan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesalahan itu.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO), Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO, Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas. 

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008. 

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
------------------------------------------------------------
kata TB :
Yang rasuah kena lah hukum , Kerajaan BN perlu lah telus dan yang bersalah perlu lah disiasat dan jika di dapati bersalah , hukum lah kerana ianhya  bagi membersihkan kerajaan BN di mata rakyat.
Kerajaan BN perlu siasat juga mana bekas bekas menteri yang kaya raya yang boleh jual kereta Mercedez sampai beratus ribu,Ada  berapa biji kereta mewah , berapa rumah dia ada ? berapa harga rumahnya ? Chek kat Imigresyen sebulan berapa kali keluar negara ngan siapa, Mana  teman wanita nya dapat duit beli BMW buka  butik , mak pompuan itu buka kedai Tom Yam , dll,

Macam mana  bekas menteri ini boleh kaya raya, duit siapa dia rompak? ini kerajaan BN kena lah telus. sebab mat rakyat melihat , mata orang Bahagian melihat . jangan lah tutup mata pula sebab  ini semua akan terbongkar nanti , kalau sudah terbiongkar oleh bloggers , mana SPRM nak letak muka. Tak kan lah SPRM tak tahu dahj pergi rumah dan siasat. Tak kan tutup kes gitu aja.Tak kan nak tunggu TB tulis kotttt.........

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts