Saturday, March 24, 2012

Kamilia kata , akar umbi mahukan Sharizat lepaskan jawatan, tadi akar umbi kata mereka mahukan Kamilia sebenarnya lepaskan jawatan???

Kamilia , nama hebat dan tentu cun orangnya jika kita bayangkan. Aku hanya pernah dengar nama ini  sewaktu pengumuman yang memertabatkan wanita ini sebagai Timbalan Ketua Wanita sewaktu pemilihan UMNO dulu  . Selepas itu aku langsung tidak pernah mendengar tentang wanita yang bernama  Kamilia ini sehingga aku  sudah naik lupa siapa wanita  ini. Apa dia buat ek..dalam wanita sehingga langsung tak pernah aku terbaca nama nya di dada akhbar  atau internet.

Tiba tiba sahaja aku terdengar  wanita ini mendesak ketuanya untuk letakkan jawatan , hilang akal ke mak cik ni. Kalau lah Kamilia ini yang memangku jawatan ketua WANITA, huh aku pun tak tahu apa yang akn terjadi kepada WANITA,pada PRU ini , lemau dan lesu lah kot macam dia juga. Jika inilah percaturan beliau , jelas  Mak Cik ini sebenarnya sedang menggantung diri sendiri. Ayat yang p[ertama aku dengar dari mulut Kamilia dah buat aku berperasangka tak elok kepadanya. Macam orang bangun tidur terus meracau. Eh bangunlah...Kamilia. Sekarang ini rasanya akar umbio pula yang mahu Kamilia  lepaskan jawatan.

Berikut adalah petikan kenyataan DS Najib mengenai kedudukan Sharizat di PWTC petang tadi...

" Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal memegang jawatan berkenaan.

Menurut beliau jawatan tersebut merupakan jawatan yang dipilih oleh ahli-ahli pergerakan Wanita dan selagi tidak ada apa-apa kesalahan yang terbukti, tidak ada sebab Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatan.

“Jawatan berkenaan adalah dipilih oleh ahli-ahli dan mengikut dasar kita dan prinsip kita, selagi tidak ada apa-apa kesalahan yang terbukti, maka tidak ada sebab jawatan itu harus dikorbankan atau Shahrizat melepaskan jawatannnya sebagai Ketua Wanita.

“Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang tetapi apabila isu membabitkan keluarga beliau maka Datuk Seri Shahrizat mengambil tanggungjawab cara yang terhormat melepaskan jawatan sebagai menteri

“Ini adalah satu keputusan yang saya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan-rakan menghargai kesanggupan beliau melakukannya,” katanya selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita UMNO di sini, Jumaat."

TB: Nak tanya Kamilia bila dia  jumpa akar umbi, macam mana rupa akar dan umbi ? ha ha ha  berakar dan berumbi kot........... yang dah berumbi tuh tak kan nak desak,

1 comment:

  1. ..Kamila ohh Kamilia..dulu kau suruh Kak Ijat lawan Radiah..kau dapat naik Timb Ketua tanpa berlawan...kini kamu suruh Kak Ijat lepas jawatan supaya kamu dapat ganti dia tanpa berlawan lagi..bila sudah dapat jadi Ketua Wanita kamu pun akan minta dari PM untuk jadi menteri pula. Lepas tu kamu akan terus tidur dan biarkan orang bawahan berjuang lawan PKR dan PASDAP. Silap hari bulan pula kamu akan pindah kem Anuar..kerana Anuar janji nak beri jawatan menteri...

    Kini tiba masanya Wanita desak Kamlia yg meroyan tahap gabang ini letak jawatan....

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts