Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, ramai orang tidak bersetuju
dengan permintaan usul persatuan Seniman kepada kerajaan berhubung
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Namun itu semua kembali jelas apabila semalam, satu sidang akhabar
diadakan di Saloma Bistro berhubung isu yang sedang bermain di media
sekarang.
Zed Zaidi ketika ditemui berkata, dia meminta maaf kerana tersilap
cakap pada wartawan apabila ditanya apakah usul pertama yang dihantar
pada kerajaan.
“Saya memang hantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA),
tapi saya minta maaf jika saya tersilap cakap ketika ditanya wartawan.
Masa itu saya betul-betul sibuk dan mungkin tidak menyedari apa yang
saya cakap,” jelas Zed Zaidi memulakan perbualan.
Dia turut mengatakan bahawa jika ada ramai yang mempertikaikan usul
ini, dia ada buktinya iaitu sebuah usul yang lengkap beserta nama artis
yang berada di bawah persatuan Seniman.
Jadi, untuk pembetulan, sebenarnya persatuan Seniman telah menghantar
usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) kepada kerajaan untuk
golongan artis dan bukannya Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
seperti yang kecoh di media sekarang.
- OK lah itu untuk kebaikkan artis daripada duk ngutuk kerajaan dan kata org lain tak Islam.
No comments:
Post a Comment