Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dicabar supaya
menyaman mereka yang sejak kebelakangan ini secara terbuka membuat
pendedahan dan dakwaan terhadap diri dan keluarganya.
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil
Ibrahim, berkata Mohamed Azmin seharusnya berani tampil dan menjawab
semua yang dibangkitkan oleh ramai pihak.
“Banyak perkara didedahkan sejak kebelakangan ini dan ada blogger
yang secara terang-terang menghentam pemimpin kanan PKR itu termasuk
membangkitkan isu berkaitan keluarganya. Jika apa yang didedahkan itu
tidak benar... mengapa Mohamed Azmin tidak menyaman mereka kerana budaya
(saman) bukannya perkara baru bagi pemimpin pembangkang.
“Mohamed Azmin harus jawab semua perkara itu dan bukannya mencari
kesalahan dan mempertikaikan orang lain,” katanya dipetik dari Berita Harian Rabu.
Kelmarin, Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mencabar
Mohamed Azmin supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk
membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan
pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.
Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diminta segera
berbuat demikian kerana ketika itu beliau hanya pegawai kerajaan biasa
yang tidak mampu memiliki banyak wang untuk membeli saham bernilai
berjuta-juta ringgit.
Rabu lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar
Shaari berkata, sejak beliau mendedahkan maklumat itu menerusi laporan
polis pada 17 November 2009 sehingga sekarang, Mohamed Azmin masih gagal
menjawab atau memberi penjelasan mengenainya.
Sementara itu,
Zamil berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga harus
memperjelaskan status siasatan kes berkenaan kerana Anuar sudah
menyerahkan dokumen sebagai bahan bukti kepada pihak berkuasa.
“Seluruh rakyat sedang menunggu penjelasan Mohamed Azmin dan kita
amat berharap pihak berkuasa memperjelaskan status siasatan berhubung
isu berkenaan,” katanya.
Azmin juga dicabar menyaman sesiapa yang berkenaan yang menyebar tentang isterinya. Dayus ke Azmin apabila orang menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan bos nya, Bukan setahun dua tetapi sudah lama namun sehingga hari ini Azmin terus membisu tidak menyaman. Azmin dicabar menyaman Nala Karuppan. kalau berani.
Tanda sokongan sila klik like di sini dan follow saya di FB untuk berita terkini dan terbaru politik klik sini
Azmin juga dicabar menyaman sesiapa yang berkenaan yang menyebar tentang isterinya. Dayus ke Azmin apabila orang menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan bos nya, Bukan setahun dua tetapi sudah lama namun sehingga hari ini Azmin terus membisu tidak menyaman. Azmin dicabar menyaman Nala Karuppan. kalau berani.
Tanda sokongan sila klik like di sini dan follow saya di FB untuk berita terkini dan terbaru politik klik sini
No comments:
Post a Comment