sebuah sekolah membuktikan sikap angkuh & ego semakin beraja dalam sanubari ramai pemimpin PR.
Walaupun telah berlalu buat beberapa ketika, tapi isu ini masih
lagi menjadi bualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube
dimana rakaman video kejadian tersebut disebarkan.
Perhimpunan tersebut
yang asalnya mahu menuntut perubahan sebaliknya menjadi medan menonjolkan wajah
sebenar pemimpin PR yang tidak segan untuk menindas hak orang lain demi
kepentingan sendiri.
Tian Chua, Latheefa
Koya, Tony Pua, Maria Chin, Lim Lip Eng dan Ambiga yang turut hadir menyokong
perarakan jalanan NGO Wanita Suara Perubahan (WSP) itu sepatutnya berasa malu
kerana gagal menonjolkan sikap kepimpinan yang baik malah bersikap angkuh dan mementingkan
diri sendiri, walaupun dengan kanak-kanak sekolah.
Malah sehingga hari ini masih tidak mahu mengaku kesilapan
tersebut atau meminta maaf kepada guru dan murid-murid terbabit.
Jika hak kanak-kanak
untuk menggunakan padang bagi latihan sukan sanggup dinafikan demi menjayakan
agenda sendiri, tidak sukar untuk kita bayangkan bagamana nanti rupa wajah
pemimpin PR sekiranya di beri peluang mentadbir negara.
Sejak hampir seminggu lalu telah banyak kedengaran suara-suara bantahan daripada ibubapa & guru yang menuntut PR tampil ke depan menjernihkan keadaan dan memohon maaf di atas sikap tidak cermat beberapa pemimpin PR & peserta di himpunan wanita tersebut.
Ini baru merasa
secebis kuasa saja, itupun dah berani menafikan hak orang lain. Padang yang
luas terbentang di depan mata, kawasan latihan sukan juga yang di pilihnya
untuk berarak.
Entah apa jenis hati
budi yang bersarang dalam jiwa manusia yang bergelar pemimpin & penyokong
PR. Patutlah ramai orang kata siapa saja memimpin atau menyokong PR, automatik
jadi bangang by default. Cerdik tak boleh di ajar, bodoh menyusahkan orang.
No comments:
Post a Comment