Ustaz sekolah agama dipenjara 18 tahun
ALOR SETAR - Warden asrama sebuah sekolah agama di Arau, Perlis, dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, setelah didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, Hanif Mohamad Ali,  28, mengaku bersalah setelah diperintahkan membela diri dan mahkamah menerima pengakuan salahnya.

Menurutnya, faktor kepentingan awam perlu dipertimbangkan dalam memutuskan hukuman terhadap Hanif, antaranya bentuk kesalahan dan kesalahan itu sememangnya kesalahan berat yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.

"Hukuman yang dijatuhkan perlu menjadi pengajaran dan peringatan kepada sesiapa yang mempunyai kuasa mendisiplinkan pelajar supaya berhati-hati dalam melaksanakannya, agar tidak menjadi jenayah, malah seorang pendidik perlu banyak bersabar.

"Justeru, setelah mengambil kira semua faktor berkenaan, Hanif dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun bermula dari tarikh tangkapan (1 April 2011)," katanya.

Hanif kelihatan tenang sewaktu mendengar keputusan yang dibacakan, namun dilihat menitiskan air mata sewaktu dikerumuni keluarga dan rakan-rakannya.

Hanif didakwa melakukan kesalahan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, antara jam 6 petang dan 12 malam, 31 Mac 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 30 tahun dan denda kerana menyebabkan kematian Saiful Syazani.

Saiful Syazani sebelum ini dilaporkan koma selama tiga hari, sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, 3 April 2011, selepas dipukul warden itu sewaktu menjalankan siasatan kes kecurian di asrama sekolah.
Pendakwaan dijalankan empat Timbalan Pendakwa Raya iaitu Noordin Badaruddin, Najib Zakaria, Nadia Hanim Mohd Tajuddin dan Azhar Mohthar.

Manakala Hanif diwakili peguam, Arif Azami Hussein, Azizul Shariman Mat Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri.- sinar harian

MINTA MAAF LAH PENYOKONG PAS , YANG HARAM TETAP HARAM YANG SALAH TETAP SALAH , OSTAT KENA LAH TERIMA HUKUMAN INI KERANA KESALAHAN MEMBUNUH : OSTAT PUN DAH MENGAKU : NIK AZIZ NAK NAFIKAN ATAU ADA CARA LAIN LAGI NAK HALALKAN, TAK YAH LAHHHH....BIAR LAH UNDANG UNDANG YANG MENENTUKAN UNDANG UNDANG TANAH AIR,