Ibupejabat
PKR semalam senyap sunyi bila menerima panggilan telefon daripada
ISLAMABAD. Di kalangan pegawai tertinggi ibupejabat, penjawat jawatan
parti diminta masuk ke dalam meeting dan mendengar beberapa arahan
terbaru langsung dari Pakistan. Sebelum itu, Anwar memberikan sedikit
gambaran tentang apa yang berlaku di sana, apa yang telah dicakap, siapa
yang telah ditemui – dan semua ini perlu di spin oleh kalangan
penggerak sosial media PKR. Nik Nazmi tunduk dan membuat catatan.
Selepas itu, Anwar menyebutkan tentang beberapa perkara.
1. Tindakan cubaan menyuap pihak hotel di Kuantan disentuh oleh Anwar
dengan panjang lebar. Pihak ibupejabat sepatutnya lebih berhati-hati
dan tidak membuat tawaran secara terbuka begitu. Kita tidak tahu siapa
musuh yang berada di kalangan pekerja hotel.
2. Arahan Anwar agar PKR Pahang melakukan usaha ‘damage control’ di
kawasan sekitar Kuantan. Kejayaan Himpunan Hijau sedikit sebanyak
terganggu oleh insiden Ustaz Badrul Amin. Ini kita kena akui, kata
Anwar.
3. Jangan ulang kesilapan bodoh – salah bangunan di Singapura (kes
NFC). Dalam pada kita mencari kelemahan dan penipuan orang, jangan
membuka pekung dan masalah sendiri. Pastikan info. Selidik maklumat.
Semua mesti ‘water-tight’. Jangan main serkap jarang. Rafizi tunduk dan
mohon maaf melalui talian. Nyatakan bahawa dia menerima email oleh
seorang rakan di PAP mengenai perkara itu. Sewajarnyanya double check
info sebelum membuat sidang akhbar. Anwar sangat tegas bab ini.
Integriti kes NFC tidak boleh diambil sambil lewa. Ini BULLET utama PKR
untuk pilihanraya, tegas Anwar.
4. Saifuddin Nasution – rujuk dan check semula tarikh surat Tun
kepada Israel. Selidik secara terperinci. Bandingkan dengan dokumen yang
kita ada. Apakah benar isi surat seperti yang telah ditulis oleh Tun.
5. Saifuddin Nasution – atur mesyuarat bersama Phahrolazi (Kedah) dan
beberapa orang lain di dalam PAS Kedah. Tertutup. Anwar mahu memainkan
peranan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah. Sekadar
menjalankan permintaan TG Nik Aziz.
6. Minta ABIM buat kenyataan mengenai politik ganas UMNO/BN.
Talian dihentikan. Semua bersurai kecuali Nik Nazmi, Rafizi, Radin dan Saifuddin. Tak tahu apa yang dibincangkan.
Nada yang digunakan Anwar memang tinggi dan sangat kecewa.
dipetik dari : Blog Gelagat Anwar
No comments:
Post a Comment