Friday, March 16, 2012

PERLUKAH BAPA NURUL NADIRAH SAKSIKAN PENGKEBUMIAN ANAK NYA YANG DI BUNUH DAN DI BAKAR?

BAPA KANDUNGNYA BERBAJU PUTIH DAN DIGARI KETIKA PENGKEBUMIAN NURUL NADIRAH

JOHOR BAHRU 14 Mac – Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, di sini kira-kira 1.30 petang ini.

 Keadaan hujan renyai-renyai dengan cuaca mendung mengiringi pengebumian kanak-kanak itu, seolah-olah turut sama menangisi pemergian Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam. Selain ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, bapa tirinya, Lima Medang, 25, dan kaum keluarga terdekat, hampir 100 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat yang simpati dengan nasib insan kerdil yang tidak berdosa itu turut sama menghadiri pengkebumian itu.

 Turut mengiringi jenazah mangsa ialah neneknya, Milnah Jol, 52; datuknya, Alan Alip, 49,Ada dalam kalangan mereka tidak dapat menahan sedih dan turut menitiskan air mata apabila melihat keadaan Roselyn yang menangis pilu apabila talkin dibacakan oleh Imam 1 Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek Bandar Seri Alam, Abdul Rahman Ismail.

 Bapa kandung mangsa yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nurul Nadirah turut mengiringi jenazah selepas memperoleh kebenaran pihak berkuasa untuk berbuat demikian. Dia yang memakai kemeja T berwarna putih dan berkain pelekat dengan keadaan tangan bergari diiringi dua anggota polis dilihat turut menangis semasa majlis pengkebumian dijalankan.

Jenazah yang dimandi dan dikafankan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dituntut oleh keluarganya kira-kira pukul 11.45 pagi. Terdahulu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat HSA apabila Roselyn dibawa masuk bagi membuat pengecaman dan menatap anak kesayangannya buat kali terakhir pada pukul 9.50 pagi sebelum keluar dengan menangis teresak-esak. Bapa kandung kanak-kanak itu yang lengkap berpakaian baju lokap dan bergari turut dibawa masuk bagi tujuan sama sambil diiringi polis.

TB ; JIKA INI BENAR BENAR BERLAKU DAN KERANA PENGARUH DADAH , APAKAH JENIS BAPA KANDUNG YANG  KINI ADA DI DUNIA INI. SEMOGA UNDANG UNDANG OUNYAI HUKUMAN YANG SETIMPAL ATAU LEBIH DARI ITU UNTUK DIJADKAN TAULADAN.

3 comments:

  1. Siasatan polis belum selesai dan bapa kandungnya ditahan juga bagi membantu siasatan. Tapi yang bertiga tu memang dah clear terlibat.Kalau tidak takkan lah mertua dia peluk dia. Dia ditangkap hanya bila balik ke kampung Dirang bia terdengar cerita Dirang hilang. Polis nak lengkapkan siasatan.

    ReplyDelete
  2. siapa kata bapa kandung nya salah nie woi!!!, korang nie jgn main tuduh, pembunuh dia tu kan dah ngaku.... dan bukan bukan nya ayah dia...

    ReplyDelete
  3. ramai sngt org hisap dlm negara kita.tak trkawal lh nmpknya,yelah org atas sbk dgn politik je

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts