Ini adalah berita yang menarik setelah BadrulAmin di tangkap berkhalwat ,  Ratu Rock Negara ini sudah menjangka umur “4-Series”, 
tiba-tiba tiada angin dan ribut, dia dilaporkan sudah merancang untuk 
mengakhiri zaman bujang dan berkahwin dengan jejaka bernama “A”!
Menurut Gua,
 lelaki yang bakal menjadi pasangan hidup Ella ini masih lagi 
dirahsiakan. Namun begitu, lelaki ini dikatakan adalah seorang yang 
bekerjaya, kacak dan tinggi lampai. Sebelum ini, Ella dan jejaka hatinya
 ini pernah bercinta, namun putus kerana tidak sehaluan. Sudah takdir, 
kini mereka ditemukan semula untuk mewarnai hidup masing-masing. 
Amboi, 
macam novel cinta pula ya.
Wahhh, maknanya kali ini Ella benar-benar akan berkahwin dan kepada 
semua peminat Ella diluar sana yang sudah lama memendam rasa, maka 
pendamlah lagi lama-lama. Kini, ratu rock negara akan pergi meninggalkan
 hati jejaka yang lara diluar sana. Itulah, 40 tahun Ella ‘single’, 
semua jual mahal, kan dah melepas.

No comments:
Post a Comment