Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Diawalkan?


MSN Sport meninjau persediaan pra perkahwinan wira negara, Datuk Lee Chong Wei, 29 bersama pasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast. Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu & putih.

3 hari lalu, Datuk Lee Chong Wei melalui NTV7 memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.

Nampaknya, rasa teruja Datuk Lee Chong Wei untuk berkahwin tak dapat disorokkan lagi apabila ada peminat yang perasan dengan sebuah status Facebook berbunyi, “Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?” Wah, nampaknya, tarikh perkahwinan Datuk Lee Chong Wei yang sepatutnya berlangsung pada 2013 secara diam-diam telah diawalkan.

Difahamkan, antara tetamu jemputan beliau ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.

Kedua-dua pasangan ini pernah berpisah atas komitmen kerja pada tahun 2009 dan kembali bercinta semula setahun kemudian, dan sejak itu hubungan mereka menjadi semakin erat.

No comments:

Post a Comment

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts