Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Friday, March 29, 2013

FAM sudah terlalu lama berkhayal dan syok sendiri !!


Khoo: FAM dianggap berdosa pada rakyat Malaysia

 
Keghairahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menghukum individu yang melanggar peraturan Artikel 88 menyebabkan FAM lupa fungsi sebenarnya sebagai badan induk bola sepak negara, kata pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Justeru, beliau menasihati pengurusan dan pentadbiran FAM agar berhenti berlagak seperti 'polis dengan menangkap dan menghukum pesalah', sebaliknya perlu segera kembali kepada objektif asal penubuhannya untuk mentadbir dan membangunkan bola sepak Malaysia.

"FAM dianggap berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia selagi mereka gagal melaksana tanggungjawab mengembalikan semula era kegemilangan skuad Harimau Malaya seperti pada awal 50-an dan 60-an.

"Jika tidak mampu membawa pasukan kebangsaan mara ke Piala Dunia, setidak-tidaknya FAM perlu berusaha membawa pasukan negara layak ke Sukan Olimpik dan bukannya undur belakang," katanya kepada Bernama hari ini.

Khoo turut mempersoal prestasi skuad Harimau Malaya kini, yang gagal layak ke Sukan Olimpik seperti yang dilakukan ketika edisi 1972 di Munich, Jerman dan Moscow, Russia pada 1980 sedangkan Malaysia mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik berbanding dahulu.

Beliau berkata tindakan FAM yang terlalu banyak membuang masa kepada perkara tidak penting serta tersasar daripada matlamat asalnya sewaktu ditubuhkan pada 1933, hanya merugikan pembangunan bola sepak negara.

NONE"Saya bimbang melihat prestasi tidak menentu pasukan kebangsaan sejak kebelakangan ini. FAM perlu melakukan perubahan sebelum terlambat. Saya khuatir peminat akan beralih kepada sukan lain seperti hoki dan bola sepak bukan lagi sukan nombor satu rakyat Malaysia," katanya.

Mengenai tindakan yang mungkin dikenakan terhadap ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal, di bawah Artikel 88 FAM, Khoo berkata jika FAM tidak suka dengan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu, adalah lebih baik beliau tidak ditawarkan jawatan tersebut sejak dari awal.

"Daripada menjatuhkan hukuman lebih baik sekiranya FAM mencari jurulatih lain yang tidak akan mengkritiknya (FAM)," kata Khoo.

NONERajagobal bakal berdepan hukuman berat apabila mengkritik tindakan FAM yang membenarkan pemain import beraksi di Liga Malaysia menyebabkan skuad bimbingannya ketandusan penyerang sejati.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam, memutuskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan ketua jurulatih itu menyalahi perlembagaan FAM dan beliau akan didakwa dalam tempoh terdekat.

Antara individu yang pernah menjadi 'mangsa' Artikel 88 ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 apabila baginda mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan masih lemah dan bertaraf amatur.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula digantung dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 apabila membuat kritikan secara terbuka terhadap FAM.

Manakala Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua tahun setengah pada tahun lepas, kerana kesalahan mengkritik skuad negara.

Berdasarkan Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, menyebut bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, perlu mendapatkan izin kongres FAM terlebih dahulu.

-Bernama

Sunday, March 10, 2013

All England: Chong Wei mara final : Ini kali lah...


Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
 
PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terus mempamerkan aksi cemerlang apabila  mara ke final Kejohanan All England selepas menundukkan pemain Thailand, Saensomboonsuk Tanongak sebentar tadi.
Chong Wei, yang memburu gelaran ketiga selepas menjuarai pada tahun 2010 dan 2011 mengalahkan Saensomboonsuk 22-20 dan 21-8 dalam masa 33 minit.

Pada perlawanan final esok, Chong Wei akan menentang pemain China, Chen Long atau pemain Denmark, Jorgensen Jan.

Friday, March 8, 2013

TMJ Digantung 6 Bulan, Denda RM18,000 : hebat FAM !!



Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 keseluruhan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Denda tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak selepas Mesyuarat Khas Ke-35 Jawatankuasa Tataterbit pada Jumaat.

BACA SELANJUTNYA

Wednesday, March 6, 2013

Messi, Barcelona beraksi di KL

Bila aku bagi tahu kat anak aku Danial , Messi dan Barcelona akan bermain di Kuala Lumpur, dia treus melonjak dan berteriak nak nak nak.....  makna dia nak tenguk perlawanan itu live. Dannial adalah peminat  no 1 Messi dan juga Ronaldo. Dia tak minat Rooney atau Robin Van Persie.
Impian peminat bola sepak tempatan menyaksikan Pemain Terbaik Dunia (Ballon d'Or) empat kali, Lionel Messi beraksi di negara ini bakal menjadi kenyataan apabila pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi Jelajah Asia, Ogos ini.

Selain negara ini, juara Liga Juara-Juara Eropah empat kali itu akan mengharungi perlawanan persahabatan di Shanghai, China pada 4 Ogos, diikuti Bangkok, Thailand (7 Ogos) sebelum berakhir di Kuala Lumpur, 10 Ogos ini.
Tidak dedahkan pasukan
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi kelab itu menyebut presiden kelab, Sandro Rosell membuat pengesahan Jelajah Asia musim panas ini akan melalui tiga perlawanan persahabatan, namun tidak mendedahkan pasukan yang bakal dihadapi.

“Pertama sekali kami akan bermain di Shanghai pada 4 Ogos dan tiga hari kemudian kami akan terbang ke Bangkok untuk kunjungan kedua sebelum berakhir dengan perlawanan ketiga yang akan diadakan di Kuala Lumpur, pada 10 Ogos,” katanya yang turut mengesahkan bakal menentang kelab Jerman, Bayern Munich pada aksi pra musim pertama musim ini, pada 24 Julai.

Thursday, February 14, 2013

Keputusan Real Madrid vs Manchester United 14 Februari 2013

Real Madrid


Keputusan  Real Madrid vs Manchester United 14 Februari 2013 . Perlawanan UEFA Champions League Pusingan 16 Leg Pertama merupakan perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak terutama penyokong Real Madrid dengan Manchester United.  Perlawanan mungkin menjadi perhatian dalam dunia sukan apabila bekas legend bola sepak iaitu Cristiano Ronaldo yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Manchester United dan akan bertemu kembali buat kali pertama dalam liga Juara-Juara 12/13.

Jadual perlawanan Real Madrid vs Manchester United 

Jadual : UEFA Champions League Pusingan 16 Leg Pertama
Perlawanan : Real Madrid vs Manchester United
Masa : Hari Khamis , 14 Februari 2013 , jam 3.45 pagi
Lokasi : Estadio Santiago Bernabeu
Saluran : Astro SuperSport 3 (817)


Keputusan penuh perlawanan akan dikemaskini sejurus tamat permainan.

Real Madrid  1 - 1  Manchester United 
                                    Cristiano Ronaldo 30'    |     Welbeck 20'

Tuesday, February 12, 2013

Manchester juara EPL sama macam BN juara PRU13

 Aksi Van Persie (kanan) ketika meledak gol kedua United menentang Everton di Old Trafford, awal pagi semalam.
 
Manchester: Alex Ferguson mengakui penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim ini terletak di tangan Manchester United sendiri selepas mereka membuka jurang 12 mata berada di tangga teratas meninggalkan juara bertahan, Manchester City selepas berjaya menewaskan Everton 2-0 di Old Trafford, awal pagi semalam.

Selepas melihat City tewas 3-1 kepada Southampton, Sabtu lalu, Ferguson terus menukar perancangan awalnya untuk merehatkan pemain utama menjelang kunjungan ke Madrid untuk aksi Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid, awal pagi Khamis ini dengan kembali meletakkan kesebelasan terkuat berdepan Everton.

 Tindakan Ferguson itu membuahkan hasil apabila United berjaya meraih tiga mata penuh menerusi jaringan Ryan Giggs minit ke-13 dan Robin van Persie pada penghujung babak pertama untuk United selesa meninggalkan jauh City tatkala saingan liga hanya berbaki 12 perlawanan.


Sebenarnya saya mahu membuat tujuh pertukaran tetapi selepas melihat kekalahan City, saya fikir ini perlawanan lebih penting untuk memberikan kami kelebihan selesa di tangga teratas.

Jadi kini kami memandang ke hadapan untuk memenangi perlawanan berikutnya pula. Ini yang perlu kami fikirkan. Kami sendiri perlu menang baki perlawanan kami tanpa memikirkan apa berlaku kepada City, kata Ferguson.

Pertemuan United-Everton itu turut disaksikan jurulatih Real, Jose Mourinho yang sempat berbual seketika dengan Ferguson sebelum perlawanan bermula. Saya sempat berbual dengannya dan dia (Mourinho) mendapat keputusan baik (menewaskan Sevilla 4-1). Pasti satu perlawanan yang hebat nanti (awal pagi Khamis ini), ujar Ferguson.

Sementara itu, pengurus Everton, David Moyes menganggap City kini berdepan tugas sukar mempertahankan kejuaraan dengan berkata: Biarpun apa saja boleh berlaku dalam bola sepak, jurang 12 mata cukup besar lebih-lebih lagi apabila dimiliki pasukan seperti United. AFP
IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Jangan biar ejen catur kerjaya

Bola sepak adalah satu industri besar. Sebab itu ramai yang mahu mengaut keuntungan.

Sekadar buat renungan. Beza gambar-gambar di bawah.


Mario Balotelli secara rasmi menyertai AC Milan, bergambar dengan CEO Milan, Adriano Galliani

Florentino Perez (kiri) menyaksikan legenda Real Madrid, Alfredo di Stefano menyerahkan jersi nombor 5 kepada Zinedine Zidane pada 2001

Nazmi Faiz Mansor diapit Marco Guimaraes


Nazmi sentiasa ditemani Marco Guimaraes Di sebalik kontroversi kepulangan Nazmi Faiz Mansor dari Beira-Mar di Portugal, aku berasa pelik kenapa ejennya Marco Guimaraes yang berpangkalan di Singapura suka benar menonjolkan dirinya. 

Tengok semula gambar-gambar di atas. Anda tahu ejen Balotelli? Siapa pula ejen Zidane? Kita harus tahu perbezaan ejen dan pengurus.

 Ejen bertindak selaku orang tengah dalam hal rundingan kontrak, perpindahan dan hal berkaitan kebajikan pemain dengan kelab. 

Pengurus peribadi mengurus aktiviti selain daripada bola sepak dan mengatur jadual pemain. Seorang ejen boleh menjadi pengurus peribadi tetapi pengurus tidak boleh menjadi ejen melainkan dia memiliki lesen bertauliah FIFA selepas memenuhi beberapa syarat, termasuk lulus peperiksaan (20 soalan), ada jaminan kewangan dalam bank Switzerland berjumlah 100,000 francs dan perlindungan insurans.

 Di Malaysia, ada lima ejen yang berdaftar di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mereka ialah Miroslav Bozik, Effendi Jagan Abdullah, Issa Diabate, Roland Klein dan Edwin Varo.

 Ejen Muhammad Ghadar pula ialah Mohamad Mroweh, yang berdaftar di bawah nama Lebanon. Di Singapura, ada lapan ejen berdaftar termasuk Guimaraes dari Football Management International.

 Di Thailand ada tujuh, Indonesia (lapan), Kemboja (dua), manakala Vietnam dan Filipina masing-masing ada seorang ejen bertauliah - sekadar membuat perbandingan. Ejen pula terbahagi kepada dua - ejen perlawanan dan ejen pemain.

 Ramai yang ada kedua-dua lesen, jadi mereka boleh membawa pasukan menyertai satu-satu kejohanan jemputan dan pada masa yang sama mewakili pemain individu. Latihan pusat di luar negara misalnya boleh diatur ejen perlawanan seperti yang berlaku apabila Harimau Muda ke Slovakia atau Harimau Malaya berkelana ke Turki

. Ejennya ialah Bozik, bekas pemain tengah Negeri Sembilan yang juga satu-satunya ejen pemain dan perlawanan di Malaysia. Zidane dulu diwakili ejennya Alain Migliaccio yang ada sekelompok nama besar di bawah naungannya, termasuk Franck Ribery, Samir Nasri, Jeremy Menez dan satu ketika dulu mengurus Eric Cantona.

 Namun Migliaccio bercakap dan menonjolkan diri apabila perlu. Misalnya selepas Zidane menanduk dada Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006, atau bermain psikologi dengan Arsenal ketika Nasri mahu berhijrah ke Manchester City. 

Contoh terbaik seorang pengurus di Malaysia ialah Zakaria Ab Rahim yang mengurus kerjaya Safee Sali.Keluarga Nazmi harus berwaspada dan bijak mengurus kerjaya dan masa depan Nazmi. Biarkan ejen bertindak di sebalik tabir.

 Ejen tidak digalakkan membuat kenyataan akhbar atau bercakap bagi pihak pemain dalam sidang akhbar. Nazmi dan keluarganya tidak boleh membiarkan ejen mencatur gerak, kelak papan catur kerjaya Nazmi musnah terlalu awal. Nota: Ejen untuk orang, agen untuk sains. sumber 

 F YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Sunday, February 3, 2013

Bekas Pemain Bola Selangor pulang ke rahmatullah

Bekas Pemain Bola Selangor Meninggal Dunia
BATANG KALI – Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
“Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.
“Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu,” kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.
Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.
Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
“Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
“Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia,” katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.
Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.
 
 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts