Thursday, January 31, 2013

Anwar terlibat langsung dalam Projek IC, dakwa Dr M

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Majlis Berinai Liyana Jasmay




Malam tadi, berlangsung majlis berinai Liyana Jasmay sebagai persediaan sebelum majlis pernikahan dan persandingan bersama tunangnya Fathudin Mazlan yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini.

Majlis berinai Liyana Jasmay bertemakan Bollywood di mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri dan para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan juga rakan artis.






Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.
 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

ND LALA DAH MARAH : ‘Tolong jangan biadab’ - SHAARNAZ !!

“Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.

Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.


ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.
FotoND Lala

“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.

SUMBER


 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

 Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

selanjutnya 


 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Polis Edarkan 14 gambar individu ada anak besi dan kebal


Polis mengedarkan 14 keping gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dalam Himpunan Shamsidar di ibu negara pada 12 Januari lalu.

Kesemua individu itu diperlukan sebagai saksi bagi melengkapkan siasatan polis mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan tersebut.

"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil membantu polis. Tindakan membawa kanak-kanak bawah 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Apa lagi abang akak
Bawalah anak2 yang kebal tu ke balai polis untuk dilihat oleh Polis Di raja Malaysia. Patutnya bawa anak anak pergi bercuti bukan pergi berdemonstrasi. Ini samalah dengan kes dera. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, polis juga yang akn dipersalahkan.Kalau boleh bawa mereka berdemonstrasi dan sanggup mengambil risiko , bawalah ke  balai pula.

   IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

13 gambar persiapan kahwin Liyana Jasmay dan malam berinai

Lihat gambar malam berinai Liyana Jasmay (30 Januari) di Sini (di update kemudian)

Gambar persiapan berinai skrol ke bawah:


Baca seterusnya

   IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Wednesday, January 30, 2013

Blogger pembangkang kantoi nak selamatkan Melayu Murtad

Laman web pembangkang cuba mempertahankan  gereja ini, entah kenapa mereka lebih berminat untuk mempertahankan  gereja ini dan sanggup buat super impose membuang salip di dinding seperti gambar di atas. Tapi akhirnya dia kantoi juga apabila pembaca mempersoalkan akan keadaan di dalam itu kerana ada  piano. Biasa yang ada  piano ini hanya lah di gereja saja bukan di surau atau masjid masjid. Tak terjawab blogger pembangkang berkenaan. ini lah bunyi entri nya. 


EDISI KANTOI TERBURAI !!!!!...PENCACAI UMNO GUNA GAMBAR PESERTA KURSUS PRA PERKAHWINAN DIEDIT KONONNYA SEORANG PADERI SEDANG MEMURTADKAN GADIS-GADIS MELAYU DISEBUAH GEREJA DIIPOH, PERAK!!!!!



Akhirnya kebenaran terbongkar jua....Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para gurkha siber berjiwa UMNO totok dengan memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak..

Ada fren Omakkau memberitahu bahawa setahu beliau belum ada salib diletakkan disebelah kiri maupun kanan dimana-mana gereja.  Pada lazimnya diletakkan ditengah-tengah.

Punyalah dahsyat dan jijik yang amat paling tanpa ada rasa takut pada dosa dijiwa.

Akan lakukan apa saja dengan hasrat hatta isu Agama keperingkat yang boleh menggugat kestabilan negara dan kenteraman awam semata-mata bertujuan mau meraih sokongan dalam PRU 13 nanti.

Etika, adab, santun, berhemah, berilmiah langsung tiada dalam kamus para gurkha siber UMNO.

Belum pernah dalam sejarah negara pencacai UMNO begitu terdesak dalam mereka cipta fitnah.

Apakah mereka ingat rakyat ini mudah termakan berita yang langsung tidak masuk akal itu?

Adakah para gurkha siber UMNO fikir fitnahnya itu tidak akan terbongkar?

FITNAH DENGAN UMNO TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.. SUDAH SEBATI HINGGA KETULANG SONSOM... UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK!!!




  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Utama Lawatan Nik Aziz Ke Pulau Pinang: Kenapa Tiada Perbincangan Tentang Isu Kalimah “Allah”?

tgna_karpal_bd copy

Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.
Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

baca selanjutnya di sini 

   IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Gempar :: Sekor lagi Blogger Pembangkang ditangkap Khalwat dengan Bini Orang ????

Betul ker blogger pakatan haram kena cekup dengan bini orang semalam. Aku nak tunggu penafian dari blogger berkenaan kalau perkara ini tidak betul, ikuti kisah lanjut dari blog kedah ke kl dibawah ini:

Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam.

Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia

.Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam.Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya.

Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya www.darisungaiderhaka Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

 VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net Biasa la, puak Pakatan haram ni, memang suka sapu bini orang. Janda dan anak dara ada, dia taknak, bini orang juga yang depa sapu. Dosa pahala tolak tepi, apa yang penting 'sedap'.

sumber 
  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

ANTHONY LOKE CUBA SERET ISTANA DALAM KANCAH POLITIK NS

KENYATAAN akhbar oleh Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berhubung kenyataan oleh (bekas Naib Pengerusi DAP) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan (Pengerusi DAP Negeri Sembilan), Anthony Loke.
Saya akan menulis sepenuhnya mengenai kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Anthony Loke dalam kolum biasa saya pada Jumaat ini.
Namun terdapat beberapa perkara yang akan saya ulas dahulu sebagaimana berikut: 

baca selanjutnya

  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Tuesday, January 29, 2013

Jangan pandai pandai kapir kan kami wahai Ostaz PAS!!!!!!!


Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan memenuhi undangan Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Penaung Yayasan As-Sofa di Majlis Ilmu dan Sambutan Maulidurasul 1434H serta Majlis Pengkhataman Kitab Al- Muwatta di Masjid Negeri Seremban, malam tadi.

Di majlis ilmu yang penuh barakah itu, menghimpunkan seramai tujuh ribu orang pelajar, ilmuan, agensi kerajaan dan swasta bermula dengan solat maghrib berjemaah, disusuli dengan usrah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin sementara menanti waktu Isya’.
Sejurus selesai solat Isya’ berjemaah, bacaan Asamaul Husna, Qasidah disusuli zikir munajat ke hadrat Allah Taala diselang-seli membawa seribu kerahmatan dan keberkatan Allah SWT.

baca seterusnya di sini 

  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.
 

Group kami dalam montage Usrah 2013



Group Motor kami  (BPR) telah di panggil oleh Ustaz Hanafi untuk kerja amal untuk dirakamkan dalam rancangan Usrah 2013 yang disiarkan pada setiap Jumaat. Rakaman telah dibuat disekitar Kuala lumpur selama 5 jam untuk visual tak sampai 2 saat. ha ha ha ha.... Kelihatan gambar saya ketika dalam terowong dan juga ketika turun dari motor.

  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

CILI JUBO ANTHONY LOKE : CUBA SERET KERABAT DI RAJA DALAM KANCAH POLITIK



Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke mengesahkan bahawa dakwaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa DAP pernah memujuk Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz menyertai DAP adalah benar.
Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13. 
BACA SELANJUTNYA DI SINI 


 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Ikan Singang Best sama daging kunyit.

Kalau teringin nak makan ikan Singgang best dengan  daging atau lidah lembu goreng kunyit berkunjung lah di lorong Dewan Kelab Sulaiman. Jika dari jalan Tengku Abdul Rahman masuk simpang pertama sebelum  simpang empat ke Pertama , Bukit Bintang dan Jalan Kucing.ada lebih kurang sebuluh buah kedai yang menjual iakn pinggang ini. Anda boleh makan dengan Ikan Sardin dan juga  budu . Kalau tak makan budu cicah saja daging kunyit dengan sos cili.Mula  beroperasi jam 5 petang hingga jam 5 pagi. Inilah makanan istimewa orang Kelantan.

Monday, January 28, 2013

Mona Fendi sempat bertaubat sebelum ke tali gantung


Kisah Mona Fandey disebut lagi dalam Metro Ahad hari ini. Siap dengan kronologi. Bermula ditangkap dengan suami dan pembantunya pada 13 Julai tahun 1993, sehinggalah hari mereka digantung serentak  sampai mati pada jam 5.59 pagi 2 November 2001.

Memang mereka antara pembunuh yang kejam dalam sejarah Negara. Namun kalian tahu atau tidak bagaimana Mona Fandey mengisi sisa-sisa kehidupannya di dalam penjara?

Dalam tempoh lapan tahun dalam tahanan dan penjara itu, Mona Fandey telah bertaubat. Sebelum digantung Mona Fandey telah mengucap dua kalimah syahadah dan dia mati digantung pada pagi Subuh Jumaat yang syahdu. Sebelum digantung Mona Fandey juga tenang, tidak meronta-ronta atau menjerit. Ramai pesalah yang pengsan sebelum digantung. Tetapi, Mona Fandey menghadapinya dengan penuh redha. Itulah jalan terakhir yang harus ditempuh, akibat kesilapannyaa sendiri, bukan menyalahkan orang lain. 

Ini adalah cerita yang aku dengar daripada seorang penceramah yang berceramah di mesjid tempat aku ini bulan lepas. Yang bercerita dengan ustaz itu ialah rakannya juga seorang ustaz yang bertugas di penjara tempat Mona Fandey digantung. 

Ustaz bertanya khalayak, adakah ada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan menyebut nama Allah? Adakah ada jaminan yang kita ini akan mati dalam keadaan baik? Sebab itulah kita harus berada di jalan yang lurus, selama 24 jam. 

Justeru, jauhilah daripada menceritakan kesalahan orang lain. Dalam diri kita ini masih banyak tompok-tompok dosa yang mesti dibersihkan.

Tentu kalian ingat akan dosa orang yang membunuh 100 jiwa, namun akhirnya dia juga mendapat keampunan Allah.

Oleh itu, ingatlah, kita harus sentiasa berada di jalan yang lurus, sebagaimana yang kita minta dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari itu.  

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

MACAM MANA NAK BUAT DIA SENTIASA SENYUM





Kepada kaum lelaki ini adalah tips penting untuk kejayaan hubungan percintaan korang. muahaha! Saya baru aja jumpa ni woo. 25 ways to make a girl smile!! Fresh! Tapi, lists ni cuma suka-suka saja ok. Maybe akan ada yang tepat dan ada yang kebetulan saja.
Apa yang kita perlu tahu, setiap manusia ada kurang dan lebihnya. Semua manusia adalah unik! Untuk semua wanita, percayalah! Semua kita dilahirkan ada keistimewaan tersendiri. ok  dan pada kaum adam, sayangilah dan ikhlaskan diri korang untuk menyayangi “hadiah” Tuhan untuk korang.  Jangan sesekali mengabaikan kami 
Ok, lets check it out!!! 31 ways to make a girl smile!! :-

  • Seringkali katakan padanya bahawa ‘Awak Sangat Cantik’
  • Seringkali Respond pada apa yang digayakan dan dipakai oleh si gadis..u olzz kena faham..bersusah payah si gadis memilih baju terbaik..make-up simply siti…perfume enchanter ala-ala siti saleha tu semata-mata  untuk keluar bersama anda!
  • Sentiasa melindungi si gadis jika berada di tempat ramai orang, bersesak dan memberikan keutamaan kepadanya dahulu..it is always ladies first!
  • Sekali sekali lakukan kejutan dengan pesanan suara dari anda..be romantic okeh!
  • JANGAN sesekali keluar bersama bekas kekasih anda tanpa pengetahuan si gadis
  • Jika anda berbual dengan gadis lain…selepas berbual pastikan anda kembali kepada kekasih anda dan perkenalkan pada mereka…biarkan si gadis yakin bahawa dengan sesiapa pun anda berbual…anda hanya milik dia seorang!
  • Tuliskan nota ringkas atau sekadar panggilan telefon untuk menyatakan “hi saya rindu awaklah!’
  • Introduce her to your friends … as your girlfriend.
  • Sentiasa menjemput dan mengambil kekasih anda! Percayalah..si gadis pastinya suka
  • Sila bersedih (tapi jangan keterlaluan okeh!)  jika ada lelaki lain cuba untuk mendekati gadis anda….Jika anda memang tak kesah..apa salahnya tambahkan sedikit lakonan kesedihan anda…itu juga salah satu cara menunjukkan anda terlalu sayangkanya!
  • INI PENTING! Always make ur girl smile and laugh :) . Ini fakta.gadis lebih tertarik pada lelaki yang ada sense og humor
  • Biarkan si gadis tertidur di bahu anda..oh suweeet
  • Jika si gadis sedang marah…sila pinjamkan telinga anda…dengar dengan penuh kesabaran. Si gadis hanya panas di mulut, namun yang sebenarnya dihati mereka mahukan perhatian dan seseorang untuk mendengar
  • Jika anda ambil berat dan risau tentang si gadis, beritahulah mereka betapa anda prihatin terhadapnya
  • Setiap lelaki wajib hadiahkan 3 benda ini kepada si gadis:a stuffed animal( apa-apa teddy atau bantal yang sentiasa dipeluknya ketika tidur), jewellery (she’ll treasure it forever), and baju tidur yang akan pastinya akan menjadi kegemaranya selepas ini atau baju panas/sejuk yang telah anda spray dengan wangian milik anda!!
  • Jika anda bersama dengan kawan-kawan anda yang lain, jangan lupakan si gadis di sebelah.
  • Sentiasa pandang wajah gadis anda.
  • Luangkan masa bersama si gadis sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Dengar muzik bersama-sama. Ala-ala share earphone gitu.
  • Sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting dan jangan lupa sertakan bersama dengan hadiah! tak perlu mahal, asalkan ianya daripada anda pasti si gadis akan suka
  • Apabila si gadis memberikan anda hadiah, sentiasan ucap terima kasih dankatakan  saya sangat menyukainya, walaupun anda tak suka sebenarnya! kikiki
  • Sentiasa menelefon si gadis sebelum tidur!
  • TOLONG lah ingat setiap perkara yang diceritakan kepada anda, sekecil-kecil perkara pun jika anda ingat, si gadis akan sangat menghargai anda..ermm contohnya pencuci muka apakah yang si gadis anda alah…warna lipstick kegemaranya

APA DAH JADI NIK AZIZ COMOLOT DENGAN POPE TAPI MUSUHI ORANG ISLAM ????

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya,” tulis Nik Aziz di Facebooknya. :::::: Kenapa Nik Aziz buat kunjungan antara agama sedangkan apabila di minta  bermuzakarah mengenai perpaduan Umah , belaiu terus menolak dan enggan langsung kompromise dengan perpaduan Islam khususnya dengan ahli UMNO. Apakah Allah menuntut apa yang dilakukan oleh Nik Aziz, berkawan dengan kapir dan memusuhi Islam kerana sakit hati dan cemburu akan keislaman orang lain lebih hebat darinya.

IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.


Pengundi mahukan Tiga ADUN PR Paroi Ampangan dan Sikamat bertanding dalam PRU13 :: hebat ke mereka ini ???

RAKYAT DI DUN SIKAMAT, AMPANGAN, PAROI MAHUKAN KETIGA TIGA PENYANDANG DUN INI DI KEKALKAN SEBAGAI CALON PRU13 . MEREKA MAHU MENILAI DAN MENYAMPAIKAN PESANAN KEPADA KETIGA TIGA ADUN INI DAN MEMBERIKAN KPI AGAR MEREKA TAHU AKAN PRESTASI MEREKA SEBENAR.

baca sini 

  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

I sell my country : video menarik

HARAKAH DAN PAS KINI MILIK ANWAR IBRAHIM.

Kita tentu masih ingat bagaimana Anwar yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri menguasai  Utusan menjatuhkan Rahim Thamby Cik dan juga Allahyarham Tun Musa. Inilah dia cara licik pemimpin pembangkang ini untuk menguasai dan menguasai sesebuah parti. 

Bukan itu saja Anwar juga akan menanam orang orang nya dalam parti untuk memberikan support untuk menjayakan satu satu misi yang mahu dicapai sehingga merasakan dirinya sudah kuat dan cuba mahu menjatuhkan Tun M yang ketika itu dirasakannya telah terlalu lama  menjadi PM dan mahu menggantikannya secepat mungkin.

Inilah cara Anwar berpolitik. Hari ini Harakah melalui orang kuat Anwar Kamaruddin Jaafar telah menjadi milik Anwar. Kamaruddin juga orang yang telah lama Anwar tanama dalam PAS kini menguasai PAS bersama sama Husam Musa , Mat Sabu dan lain lain.  baca selanjutnya di sini.

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

ZAM KATA : HARAKAH DI KUASAI ANWAR : HADI INGIN JADI NELAYAN

PENYOKONG-PENYOKONG PAS TIDAK AKAN UNDI CALON PKR

UNTUK PASTIKAN ANWAR TIDAK JADI PERDANA MENTERI

Harakah menyiarkan berita dan gambar
menyatakan Haji Hadi lebih berminat jadi
nelayan
Suatu perkara yang sudah pasti akan berlaku dalam pilihan raya ke 13; ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong tidak akan memberikan undi kepada calon PKR kerana mereka mahu mempastikan Anwar Ibrahim tidak akan jadi Perdana Menteri.
Muktamar Pas yang baru lalu telah menyerlahkan bahawa Presiden Pas, Haji Hadi Awang pastinya bukan calon perdana menteri. Dia tidak dikehendaki oleh DAP atau PKR.
Ada orang mengatakan bahawa ini adalah sebagai strategi untuk tidak menakutkan orang Cina mengundi Pakatan Rakyat. Jika Hadi dipromokan sebagai PM, maka pastinya pengundi Cina akan lari.
Suara rasmi Pas Harakah dan Harakahdaily telah menutup mulut pemimpin-pemimpin Pas terutamanya; kalangan pemuda dan ulama supaya tidak memanjangkan isu ini walaupun telah dibangkitkan oleh seorang dua yang cuba mencetuskan perbahasan hangat.
Bagaimanapun Harakah segera mengingatkan ahli-ahli Pas tentang hasrat Hadi untuk kembali menjadi nelayan malah gambar Hadi sebagai nelayan diterbitkan di muka satu Harakahdaily. Hairannya pemimpin-pemimpin Pas menerima penghinaan ini.
Kenapa Harakah kepunyaan Pas sendiri begitu mudah menidakkan hasrat akar umbi Pas dan berjaya menyepikan hasrat mereka. Selepas muktamar itu penyokong-penyokong Pas yang tidak berpuas hati dan berpotensi untuk menjadi masaalah di bawa melawat pejabat Harakah untuk dicuci otak mereka.
Semuanya telah berjalan dengan licin. Isu Hadi sebagai Perdana Menteri tidak timbul lagi. Hadi akan kembali jadi nelayan. Kenapakah Harakah sendiri yang beria-ia untuk memainkan peranan bagi menutup hasrat sebenar ahli-ahli Pas diakar umbi?
Kamaruddin Jaafar
Ini oleh kerana Harakah suara Pas bukan lagi dikuasai oleh Pas, sebaliknya; oleh Anwarinas. Pengarah Urusan Harakah ialah Kamaruddin Jaafar proksi Anwar yang pernah menjadi Setiasuaha Agung Pas. Strategi Anwar dalam UMNO juga berjalan dalam Pas.
Sekalipun isu ini berjaya disepikan dalam Pas, tetapi ia  tidak sepi di hati orang-orang Pas diseluruh  Malaysia. Akar umbi tidak faham politik atasan. Mesej yang telah sampai di kalangan bawah ialah: Pastikan parti Anwar dan Anwar kalah untuk pastikan Hadi jadi Perdana Menteri.
Pas tahu akan kekuatannya, Pas jauh lebih tua dari PKR dan mempunyai cawangannya di seluruh negara dan Pas tahu PKR sekarang ini tidak lebih dari Anwar sahaja. Tulang belakang asalnya yang berintergriti dan mempunyai nama-nama besar, semuanya telah hilang. PKR sekarang bergantung kepada Pas dari segi pengaruh dan Pas bergantung kepada Anwar dari segi kewangan.Yang tinggal dalam PKR  hanya "ulak ayak" dan sekerat dua. ulama cari makan.
Tetapi kepada penyokong-penyokong Pas prinsip dan maruah mengatasi wang.
Maka itu, tidaklah sesiapapun harus terkejut mendengar Anwar akan tinggalkan kawasan Parlimennnya  Permatang Pauh kerana Pas akan meletakkan calonnya yang paling berpengaruh di kalangan rakyat setempat. Anwar akan mencari kawasan baru yang lebih meyakinkannya.
SUMBER 

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Makan nasi Kerabu best

Kalau waktu Kelantan masuk Final Piala Malaysia atau  piala FA , huh ...rasa macam berada di Kelantan  dan kedai ini akan penuh dengan penyokong Kelantan yang sudah tiba sebaik selepas subuh untuk bersarapan di sini. Namun gambar yang TB rakamkan ini adalah hari biasa jam 10 pagi dimana kedai ini sudah di buka se lepas subuh, masih panjang orang beratur untuk minum pagi di kedai ini yang terketak di Taman Samudera Batu Caves. Nak ke sini senang saja. masuk ke jalan mahu ke Giant sebelum sampai Giant masuk simpang ke kiri Taman Samudera sehinga ke Shop Lot. Katanya Nasi  Kerabu is the best. Nasiu berlauk juga terbaek. ada juga nasi lemak dan juga laksam , nasi ayam , nasi campur, wantan mee , sup fish ball.wow terbaek........

Inilah sign board kedai ini.
 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.


NIK AZIZ SAMBUT BIRTHDAY DI RUMAH KARPAL SINGH :

ORANG TUA NYANYUK NI HARI YTU KATA TAK BOLEH SAMBUT MAULIDUL RASUL TAPI SEKARANG SUDAH  MACAM BOLEH TERIMA APABILA UMAT ISLAM TAK TERIMA APA YANG DIA CAKAP.

YANG BEST DIA SENDIRI SAMBUT HARI JADI , SIAP TIUP KEK MACAM MAT SALEH. HA SAMBUT BIRTHDAY DI RUMAH  KARPAL SINGH, SIAP NYANYA HAPPY BIRTHDAY TO YOU. TAK KAN KARPALN NAK  NYANYI LAGI ALLAH SELAMAT KAN KAMU.

LAPORAN SINAR HARIAN : 
Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

SELANJUTNYA. 

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Saturday, January 26, 2013

jangan nak meroyan tenguk video ini wei.....jumud jumud PAS


IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like. 

PANAS : SURAT TERBUKA DARI HARUN DIN MINTA PENYOKONG PAS MENANGKAN UMNO UNT YANG LEBIH BESAR !!!UK ELAK KEMUDARATAN

SURAT, DATO' HARON DIN

AHLI PAS DISERU MENANGKAN UMNO ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR

YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Kepada Yang Dihormati,

YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.

Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.

Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu. 


 
YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP
Pertembungan Pemikiran dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut apabila hanya tinggal kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama dalam PAS. Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya meng'adjust' keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya meng'adjust' keputusan Kalimah Allah.

Sebabnya mudah, PAS tidak mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan.

Jika DAP menguasai kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu, yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP.

Saya akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance", namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang dihantar Anwar ke dalam PAS.

Lihatlah Mat Sabu seorang yang bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh golongan-golongan parasit Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah parasit-parasit ini yang bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan memberi nasehat yang salah, dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak anak buahnya YB Tuan Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden PAS. 

Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim  berkata kepada media bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB Nasharudin Mat Isa ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan bertepuk tangan jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk.

Kepimpinan pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan menguasai kerajaan Pakatan. 

YB Nasharudin Mat Isa sendiri tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar PAS, tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat Isa seorang individu yang bermaruah.

Ketahuilah bahawa kini semakin ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi kini sudah berkempen supaya mengundi UMNO.

Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau menyeru supaya menangkan UMNO dalam PRU13 akan datang untuk mengelakkan Kemudaratan yang lebih besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini.


AHLI PAS DISERU MENANGKAN UMNO ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR

YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Kepada Yang Dihormati,

YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

BACA SETERUSNYA

Foto (Hi-Res) Pra-Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin









credit to : Candidsyindrome.com


 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Friday, January 25, 2013

Guan Eng Harus Dipersalahkan Jika Kitab Bible Dibakar

 Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar. 

Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang. 

Dasar hipokrit betul. Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka

. Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. 

 Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama. PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul.

 Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya. 

Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu. 

 Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung. 

 Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat. 

 Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.

 Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.

 Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?



 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Harakahdaily Nafi Pertahan Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP. 

 Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 

Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan. Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian.

 Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

 Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya. Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. 

Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan. Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga. Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? 

 Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP? Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. 


 Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak. Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO. 

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain. 

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

 Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai. 

 Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing. 

 Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah. Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN SPRM ???

SPRM Listen Listen Listen Listen Listen sambil TB mengambil dan menjauhkan pembesar suara dari SPRM. 

Persoalan mudah kepada SPRM, BN ada menghantar senarai nama untuk SPRM memberikan pandangan kepada Parti setelah disaringkan , ini adalah antara parti dan SPRM. Seharusnya SPRM menasihatkan Parti bukannya menghebahkan kepada  media untuk diumumkan. 

Untuk pengetahuan SPRM jika SPRM tidak tahu, mereka yang SPRM umumkan itu layak bertanding kerana meraka tidak disabitkan kesalahan dan tidak dihukum  malahan tidak ada pun prosidur undang undang yang diambil terhadap mereka. Sekiranya ada prosidur undang undang diambil belum tahu mereka ini bersalah.

Apakah impak yang ditanggung oleh parti apabila SPRM melakukan ini. Ini seolah olah SPRM mahu sabotaj BN saja. oleh TB

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

PAS TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT ATAU DITINGALKAN

Ustaz Nasharuddin yang telah banyak ke arah PM dan UMNO.
Seperti yang TB katakan pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh tenguk pemimpin UMNO lebih dari mereka kerana mereka merasakan mereka lah yang terbaik. Begitu juga dengan pemimpin PAS mereka merasakan mereka lebih Islam dari pemimpin  UMNO.Namun jelas terbukti pemimpin UMNO bukan hanya pandai  menanam tebu di bibir saja seperti  mana pemimpin PR yang hanya  pandai berjanji saja.

Pemimpin PAS hanya pandai berkata kata dan pandai memutar belitkan keadaan sebenar  dan mereka cemburu kerana pemimpin UMNO laksanakan perjuangan terhadap Islam sedangkan mereka hanya mengkeji dan akan merosakan apa saja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dengan tujuan untuk memburukkan pemimpin UMNO.

Apakah sumbangan PAS terhadap Islam ? Apakah sumbangan PR terhadap rakyat Malaysia dan Islam ? apakah kita masih tidak nampak apa yang kita nikmati dan kecapi selama 50 tahun lebih di bawah UMNO dan BN. Jika dibandingkan apa yang kerajaan BN berikan dengan apa yang  PR berikan amat jauh sekali bezanya.  Seharusnya kita tidak sangsi dengan kerajaan yang kita miliki sekarang.

PAS semakin pupus dan kehilangan arah tujuan perjuangan kerana terlalu mahu menyalahkan UMNO dan terlalu mahu memfitnah agar UMNO dibenci sehingga mereka sanggup mengadaikan agama asalkan UMNO dibenci dan mereka mendapat sokongan, Malangnya rakyat bukan bodoh . DAP bukan bodoh , PKR bukan bodoh yang bodoh adalah PAS.Tak ada parti yang menjual agama melainkan PAS . DAP tidak menjual agama mereka , PKR juga hanya Anwar saja yang menjolok PAS untuk menjual agama.  

Dua ulamak (uLar dalam semak menjadi mesin pemusnah agama yang di "remote" oleh pemimpin PKR dan DAP untuk menjahanamkan orang Islam dan Islam. Orang Islam sebenar akan tinggalkan PAS sekiranya PAS tida meninggalkan dan terus rosak dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak ada pilihan , TINGGALAKAN PR ATAU DI TINGGALKAN : oleh TB
 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

PATRIK TAK ADA TELOR MENGHILANGKAN DIRI : MAZIDUL TANYA MANA DIA ???

Mazidul tanya  : KEMANAKAH PATRICK TEOH MENGHILANGKAN DIRI?

Kebelakangan ini pelbagai soalan menerjah benak fikiran saya berhubung soal pemerintahan dan  politik .
1. Masalah tuntutan 10 meter padu bekalan air percuma untuk rakyat Selangor seperti dicatatkan dalam manifesto Pakatan Rakyat, PR pada Pilihan Raya Umum, PRU-12 masih lagi belum dipenuhi sedangkan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangkakan bakal berlangsung Mac akan datang.
2. Tuntutan elaun dijanjikan kepada lebih 2,000 ibu tunggal masih belum diselesaikan sehingga kes terbabit diheret ke mahkamah. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengenepikan tuntutan itu tetapi gagal.
Klik di sini.
Kini ternyata, kenyataan Tan Sri Khalid sebelum ini, benar.
Manifesto BUKAN perjanjian dan tidak perlu dikotakan.
3. PAS, PKR dan DAP masih terus bercanggah pendapat berhubung soal penggunaan kalimah Allah di bible versi Melayu sedangkan tiga parti terbabit berada dalam satu perikatan. Justeru timbul satu soalan, mampukah PAS memperjuangkan Islam selagi terus bergambung bersama dua parti komponen lain?
Tidak tergamak saya membayangkan kekecohan bakal tercetus andai PR diberikan mandat menjadi pemerintah dan terpaksa menangani pelbagai lagi isu lebih besar jika tanpa kesepakatan.
Contoh terkini, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan mendesak penggunaan kalimah Alalh dipenuhi mengikut acuan DAP. 
Klik di sini.
4. Sebilangan individu mencadangkan Patrick tampil di arena politik. Mungkin ramai bakal terpukau mendengar suara emas digunakan untuk berkempen sempena pilihan raya akan datang.
Melihat hasil tulisan Patrick Teoh di blognya, baca di sini, dia ternyata tidak menyenangi sebilangan pemimpin kerajaan. Itu hak dia untuk menulis selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Sebelum ini Patrick didapati menghina Islam melalui akaun Facebook miliknya, klik di sini.
Saya dimaklumkan, sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Terkini, nombor telefon bimbit Patrick tidak lagi boleh dihubungi.
"Panggilan terus disambut dek voice mail," kata sumber.
Pada 22 Januari lalu, dia menulis entri berhubung kanak-kanak hilang, baca di sini.
... sedangkan pada masa sama, Patrick juga 'hilang'.
Barangkali dia gentar ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, klik di sini.
Saya mendengar ura-ura, polis sedang cuba mengesan Patrick untuk diambil keterangan. Bersama kita menunggu dan melihat samada ura-ura itu sekadar khabar angin atau kenyataan. Jika pembaca terserempak dengan bekas penyampai radio itu, sila kongsikan kisahnya di ruangan komen entri ini.
IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.
sumber

Husam jangan derhaka kepada Baginda Sultan ?

Surat pembaca :
Kenyataan.: Husam merupakan penderhaka secara nyata bila mana tidak menghormati usaha Perdana Menteri  menubuhkan Jawatankuasa Khas yang telah mendapat Perkenan Baginda  Sultan Kelantan sendiri dalam Isu Tuntutan Royalti.

   Ini jelas bila semalam Husam memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar Royalti minyak kpd kerajaan Malaysia.Ini jelas melambangkan usaha jahat dan hanya kerana ingin menimbulkan kebencian rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat.

   Rakyat harus berterima kasih kpd Dato Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan dan Dato Dr Awang Adek Timbalan nya yang berjaya berunding dan meyakinkan Perdana Menteri  Najib bahawa satu  jawatankuasa Khas perlu di wujudkan untuk menyelesaikan kemelut Tuntutan Royalti Kelantan ini agar ianya dibuat dalam satu badan yang tidak ada kepentingan melainkan hanya memikirkan satu keputusan yang tidak akan menimbulkan sebarang salah tafsir mengikut perundangan.

   Dalam pada itu juga Jawatankuasa Khas ini sudah mendapat Perkenan YAM Sultan Muhammad V dan juga telah Di Perkenan seorang wakil mewakili Negeri Kelantan.
   
Apa lagi yg Rakyat Kelantan inginkan...Kekadang Baginda Sultan tidak perlu Bertitah tetapi harus di ingat bila Perkenan Tuanku Al Sultan itu juga harus di hormati dan di junjung. Adakah sekarang Husam cuba mengajar Rakyat Kelantan ilmu baru yaitu untuk menderhaka kepada Sultan seperti mana beliau sndiri lakukan sekarang..

Saya yakin Rakyat yang berilmu & cerdik akan menilai "Ilmu Derhaka" kepada Sultan ini tidak akan dapat Husam teruskan kerana "Ilmu Derhaka" kepada Sultan ini merupakan ilmu ajaran DAP kepada Husam dan Rakyat Kelantan menolak sekeras2 nya perderhakaan kepada Sultan.

   Rakyat harus bangkit untuk mendesak Husam menarik balik Injunksi nya untuk menghormati Jawatankuasa Khas yang telah di Perkenan sendiri oleh Kebawah Duli Al Kelantan Sultan Muhammad V.

Daulat Tuanku..Allahuakbar

Wan Khairul Ihsan
Rakyat Marhaein..
be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Thursday, January 24, 2013

Nik Aziz hina nabi di hari Mualidul Rasul yang mulia ini.

Kenyataan Nik Aziz Amat Menghina! Tidak Boleh Diterima! Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, 1434 Hijrah, bagi memperingati peristiwa Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. utusan Allah S.W.T yang terakhir dilahirkan kedunia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta mengingati dan memperbanyakkan amal ibadah dan mengikut sunah-sunah yang menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W. Namun masih terdapat seorang pemimpin yang mengecam serta melarang kita memperingati peristiwa yang sangat bersejarah tiada tolok bandingnya.

 Sehingga ke hari ini pemimpin tersebut tidak mengeluarkan kenyataan untuk menolak kenyataan beliau yang lalu Dalam video tersebut Nik Aziz menerangkan, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul. 

Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul! Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan. Dalam ucapan Nik Aziz, yang gemar dipanggil Tuan Guru Besar, sambutan Maulud Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. 

Nik Aziz sekali lagi berkata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia, maka kita tidak perlulah beria-ria menyambut hari jadi Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS. 

Nik Aziz mengecam perarakan dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim. Nik Aziz membenarkan orang berhimpun di Bersih 1 Bersih 2.0, Bersih 3.0, Himpunan-himpunan Kebangkitan Rakyat,dan seterusnya di Himpunan 1 Juta 12 Januari lalu, itu semua boleh, malah keganasan serta pelanggaran undang-undang sivil turut dibenarkan.

 Namun Nik Aziz mengecam mereka yang berarak dan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa sudah terlalu benak akal pikir si tua ini? Alhamdulillah, Ustaz Kazim tampil dan memberi penjelasan dan mempertahankan sebab-sebab dan munasabahnya mengapa ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. harus diperingati. 

Moga tidak ada yang terpesong dan masih mengikut ajaran Tuan Guru Besar Nik Aziz. Apapun, MyMassa menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak.

be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

5 bandar di jangka akan tengelam



Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok

Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.
Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai

Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai
Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul 'Iklim Migran di Asia Selatan' Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
"Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter," jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.


be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts