“Orang panggil saya Hasan Akidah, Ok, tapi orang panggil dia Khalid Gereja”!… Petikan kata-kata tersebut diungkapkan oleh Dr Hasan Ali, di salah satu ceramahnya di Selangor sekitar dua tiga hari lepas.
Kita semua dah maklum, gelaran Hasan Akidah cukup popular dikalangan penganut Pas Parasit, manakala gelaran Khalid Gereja pula agak top hingga menjadi sebutan ramai orang termasuklah ada tikanya turut menjadi bahan senda gurau penyokong Pas sendiri.
Bagaimana pula dengan Khalid Kasut? Mungkinkah suatu masa kelak gelaran Khalid Kasut bakal membayangi liku-liku hayat politik Khalid Ibrahim gara-gara sikapnya yang segan untuk berenggang dengan kasut kesayangan?
Amat jarang orang Melayu Islam yang masuk ke dalam rumah tanpa 
menanggalkan kasut apatah lagi duduk bersila di atas tikar & karpet 
dengan kasut masih lekat di kaki.
Malah tidak kira di dalam rumah atau di dalam surau mahupun masjid, 
suka atau tidak, kita di ajar supaya menanggalkan kasut atau sandal 
sebelum memijak ruang dalam kerana jika gagal mengikutinya nampak sangat
 mak ayah kita kurang memberi tunjuk ajar atau dalam bahasa mudah – kurang ajar dan takde adab.
Begitu juga kiranya kita menziarahi keluarga fakir yang mungkin 
rumahnya hanya ada satu ruang saja, di situlah tempat makan, tidur dan 
berehat mereka sekeluarga ataupun di pusat pemindahan 
banjir/bencana yang menyediakan satu ruang untuk satu keluarga tinggal 
sementara di dewan, lagilah teramat kurang ajar dan tak beradabnya bila 
kaki kita yang masih berkasut memijak-mijak tikar atau karpet yang 
menjadi tempat mereka tidur, duduk dan berehat.
Soal mahal atau murah kasut kita, busuk atau wangi bau cagu kaki, 
tetap kasut wajib ditanggalkan sekalipun mungkin stokin yang di pakai 
berbau semerbak menusuk rongga hidung dek kerana seminggu tidak di 
basuh.
Berbalik semula pada Khalid Kasut yang barangkali dia dah terlebih ajar dengan gaya korporat western life dan
 agaknya dah terbiasa makan minum dan tidur di dalam rumah tanpa sesaat 
kasutnya ditanggalkan. Maklumlah bekas korporat maybe gaya hidup kena 
follow cara keparat barulah melambangkan taraf & darjat. Gitukah?
Tapi kot manapun, alang-alang sekarang dah memegang portfolio agama 
Islam takkanlah tak reti-reti walau sedikitpun soal adat dan adab 
serta perihal kebersihan yang dianjurkan oleh Islam. Entah-entah tahi 
khinzirun mana yang kita terpijak dan terlekat di tapak kasut alih-alih 
terpalit pula di atas tikar tempat berehat dan tidur, haru biru jadinya.
Tak
 tahulah samada kebetulan atau agaknya sudah takdir Illahi sejak azali 
untuk dijadikan renungan kepada kita semua barangkali, masalah memakai 
kasut tak kena tempatnya ni agak sinonim sungguh dengan gaya kepimpinan 
Pakatan Rakyat.
Dulupun dah pernah berlaku kes yang lebih kurang sama di Perak 
bilamana pemimpin DAP, Nga Kor Ming pun begitu gemar dengan kasutnya 
hingga sayang sekali untuk ditinggalkan di luar pintu rumah.
Selain itu, baru saja seminggu dua lepas di Kuala Lumpur, Nurul 
Izzah telah membawa ramai wartawan Cina pro PR untuk merakamkan aktiviti
 lawatan propagandanya, terjadi juga kejadian sebegini bezanya kali ini 
ia berlaku di Rumah Allah (Surau di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai).
* Untuk pengetahuan balaci Pas, Nurul Izzah adalah YB Parlimen 
Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Ketua 
Umum PKR, Anwar Ibrahim. Di masa yang sama, Presiden PKR ialah ibu 
kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Anwar. Saja nak bagitahu, PKR ni 
parti family & kroni only 
 
Entah
 di manalah agaknya dakwah Islamiah yang kerap balaci Pas gebang 
kononnya dah berjaya melembutkan hati non muslim pro PR kepada Islam.
Yang nampak sangat sejak dulu hingga kini ialah disebabkan dakyah 
sesat dan sikap jahil murakkab pemimpin Pas yang terbukti gagal menunjuk
 ajar perkara yang betul pada DAP, hasilnya macam yang kita sedang lihat
 sekarang inilah.
Maruah orang Melayu Islam semacam hanya dipandang sebelah mata hanya layak setaraf debu kotor yang melekat di kasut saja.
Surau pula dah jadi tempat lepak tanpa aurat di tutup.
Dahlah madrasah di Kedah hendak di robohkan dan tanah wakafnya nak di
 ambil demi kepentingan membangunkan supermarket, di surau Kampung 
Kerinchi pula kasut amoi pro PR mengotori ruang solat dan peha putih 
menodai kesucian Rumah Allah. Parah sungguh.
Sia-sia Pas melaungkan Islam sambil mengepau duit rakyat mengisi 
tabung dan dana itu ini, tapi dakwah sesama PR sendiri pun gagal dilaksanakan.
 Sekarang, tak pasal-pasal, Khalid Kasut pun turut sama jadi kurang ajar
 dan tak beradab selepas terikut dengan tabiat buruk pemimpin DAP.
Kasut letaknya di kaki, takdir kaki pula fungsinya untuk berdiri dan 
memijak. Penulis menyerulah pada sekalian orang Melayu Islam, 
cuba-cubalah renungkan petunjuk yang Allah s.w.t dah zahirkan ini.
Kalau sekarang ini taraf rakyat hanya di celah tapak kasut pemimpin 
PR, jangan duk peliklah jika mereka menang PRU 13 kelak mungkin ada 
antara kita yang makan nasi berlaukkan kulit kasut ataupun entah-entah 
ada kaki yang bakal memijak kepala. Tak ke haru dibuatnya.

No comments:
Post a Comment