Sunday, March 18, 2012

Pembangkang dapat bantuan asing untuk tawan Malaysia

Blog The Uspinners memberi bukti-bukti bergambar yang menunjukkan PKR mendapat bantuan kepakaran asing dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum (PRU)

Bukti-bukti bergambar itu menunjukkan tokoh-tokoh PKR sedang dilatih oleh sebuah yayasan Kristian yang berpengkalan di Jerman, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF)

Salah satu bukti gambar adalah program “Strategic Training For Success Workshop” anjuran anjuran Biro Latihan PKR Pusat pada 19-20 Jun 2009.


“Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di Kuantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.

“Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan di kirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.“Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia.

Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan memberi tunjuk ajar kepada ahli politik muda”, lapor the Unspinners dalam artikel bertajuk “Ada gambar … apa lagi Azmin nak nafi".

Selain Fauziah Salleh, turut kelihatan dalam gambar itu adalah Johari Abdul, Sivarasa Rasiah dan Fariz Musa, bekas Timbalan Ketua AMK Pusat dan Ketua AMK Terengganu yang kini bergiat cergas dalam NGO Jingga 13.Turut kelihatan dalam gambar itu adalah ‘seorang lelaki asing’ yang berada di barisan hadapan bersama-sama aktivis PKR.

Namanya adalah Manfred Ritcher yang merupakan Bendahari kepada jawatankuasa pengarah FNF, Potsdam, Jerman.Turut diberikan bukti, adalah gambar yang menunjukkan Manfred Ritcher sedang bercakap sambil ditemani oleh Fauziah Salleh yang ketika itu merupakan Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat.

Menurut laman fnfasia.org, Manfred Richter selain terlibat aktif dalam FNF, beliau juga merupakan bekas ahli parlimen dan setiausaha Parti Free Demokrat di Jerman.

Laman itu melaporkan Manfred Richter terlibat aktif melatih kader-kader di negara-negara sasaran, termasuk Malaysia, Thailand dan Korea.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 200 rakyat Malaysia telah menghadiri seminar di Akademi FNF Antarabangsa bagi Kepimpinan (IAF) di Gummersbach, Jerman.

“Hari ini, rangkaian perkhidmatan yang luas IAF Alumni – FAN (FNF Alumni Network) Malaysia – adalah platform Liberal dan forum yang bertenaga untuk perbincangan politik”, lapor laman fnf.org.

Menurut laman itu, di Malaysia, FNF bekerjasama dengan portal Malaysiakini untuk menjayakan prinsip kebebasan bersuara dalam mencapai matlamat kebebasan masyarakat sivil.

Selain itu, FNF turut mengakui rakan kongsinya di Malaysia adalah NGO SIS (Sisters in Islam), IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) dan ERA Consumer. seterusnya

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts