PENGALAMAN DIGODA 2 ADIK IPAR PEREMPUAN (KISAH BENAR) | SAYA
berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa
membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.
Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.
Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.
Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya.
Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke
bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika
isteri saya tiada di bilik.
Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut
atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui
saya sedang mandi dan tidak berpakaian.
Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon
saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin
mengajak saya ‘bersama’.
Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama
berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah
berbogel di hadapan saya.
Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang
untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari
sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya
dari sekolah.
Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka
memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke
sekolah lain.
Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya
anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak
mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.
Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama
selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut
akan terbabit dengan maksiat.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah
terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan
berjanji tidak akan mengulanginya.
Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.
SUAMI SETIA,
Johor
ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas
sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim
supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan
dengan sebarang wanita.
Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang)
wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan
saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah
kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).
Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana
perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina,
tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak
diinginkan berlaku.
Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi
tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan
kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.
Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya
lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda.
Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.
Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.
Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu
tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri
terutamanya keinginan seksual.
Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak
seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh
meretakkan hubungan suami isteri.
Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat
kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa
seperti itu lagi.
Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita.
Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa
lalu.sumber
No comments:
Post a Comment